Part 50

54 2 0
                                    

DANIA mengetap bibir menahan geram. Dia benci pada Natalia, kerana dari sekolah hinggalah sekarang wanita itu selalu mencuri kebahagiaannya. Lia selalu dapat yang terbaik. Dania mencapai handphonenya lalu mendial nombor seseorang.

"Hello!," ujar Dania dengan perasaan sebal. Hatinya benar-benar berbuku dengan Lia. Dia benar-benar benci pada Lia.

"Oh hi!," jawab si pemanggil bila terdengar suara Dania.

"I really hate Natalia!," jawab Dania lalu merebahkan dirinya di atas katil.

"You very well know Natalia is my niece right??," jawab Firdaus bila Dania menelefonnya hingga ke Rome hanya mahu memberitahu padanya bahawa dia bencikan anak saudaranya Natalia.

"Ya, I benci sangat pada anak saudara you!," ulang Dania lalu mengetap bibirnya kerana geram.

Firdaus tetawa kecil di hujung talian bila Dania berulang-ulang mengatakan dia benci pada Natalia. Pasti ada sesuatu yang membuatkan Dania merasa sakit hati pada Natalia.

"Kenapa you ketawakan I, It's not funny ok!!! I'm furious right now!," jawab Dania bila Firdaus mentertawakan dia bila dia menyatakan rasa tidak puashatinya pada Natalia.

"I know it's not funny Dania, just tell me why you hate Natalia so much!," ujar Firdaus dengan suara prihatin. Dia tahu kenapa Dania benci pada Lia kerana pada Dania, Lia merupakan penghalang hubungannya dengan Nik.

"Lia selalu ambil hak Dania! Apa yang Dania hendak, pasti dia yang dapat dahulu," jawab Dania lalu mencapai cushion kecil yang terdapat di katilnya.

"Dania silap di situ, Lia tidak pernah ambil hak Dania. Lia hanya ambil apa haknya," jawab Firdaus cuba membuatkan Dania mengerti bahawa Lia terlebih dahulu menambat hati Nik. Hanya mereka berdua tidak perasan dahulu. Dia tahu akan kisah cinta diantara Lia dengan Nik. Lia pernah menceritakan kepadanya.

"Of course you akan berpihak pada anak saudara you!," jawab Dania merasa tidak puashati dengan jawapan Firdaus kerana memenangkan Natalia.

"Tell me..why you call me in the first place?," tanya Firdaus bila Dania berkata begitu. Jika Dania tahu dia akan berpihak pada Lia.

Dania terdiam bila Firdaus bertanya mengapa dia menghubunginya kerana Dania tahu Firdaus itu adalah bapa saudara Natalia. Jika dia mahu melepaskan geramnya tentu dia akan menghubungi orang lain yang tidak ada pertalian darah dengan Natalia. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia suka menghubungi Firdaus.

Sejak dia meluangkan masa bersama Firdaus di Rome dahulu. Dania merasakan bahawa dia merasa senang berbicara dengan Firdaus. Firdaus tempat dia mengadu jika dia mempunyai masalah hubungan dengan Nik ataupun masalah kerja. Semua Dania ceritakan kepada Firdaus kerana lelaki itu rajin mendengar keluhan hatinya. Dengan Nik, Dania tidak pernah berpeluang berbuat begitu kerana Nik sentiasa sibuk dengan tugas dan tidak punya masa untuk dirinya. Atau mungkin Nik sememangnya tidak berminat hendak melayan karenahnya.

Dia sedar dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dia sukakan Nik manakala Nik hanya melayannya kerana terpaksa dan bukan kerana dia cinta padanya. Mungkin apa yang Lia katakan tadi benar. Selagi Lia masih hidup dia tidak akan dapat cinta Nik kerana Nik cintakan Lia seorang sahaja.

"It's not fair..," jawab Dania mengeluh perlahan. Dia tidak tahu selama mana dia sanggup menagih cinta dari Nik. Dan jika Nik bernikah dengannya. Dia tidak akan dapat hidup bahagia kerana dia tidak dapat memiliki hati Nik. Dania tidak sanggup hidup terseksa dan menderita begini.

"Apa yang not fair dear? That's the ugly truth..," jawab Firdaus perlahan. Dia turut merasa kasihan pada Dania. Dania tidak seharusnya mengharapkan sesuatu yang tidak pasti. Dia pasti Dania tahu akan kedudukannya, namun Dania masih belum berani untuk menentukan masa depan yang cerah untuk dirinya sendiri.

"Thanks Firdaus," jawab Dania lalu meletak telefon. Dia tidak mahu Firdaus tahu akan kekecewaan di hatinya. Dia sebenarnya tahu akan nasibnya hanya dia masih belum dapat menerima hakikatnya lagi.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now