Part 6

88 9 0
                                    

NIK memberhentikan keretanya di hadapan bangunan di mana alamat rumah Natalia tertera. Dia menoleh ke arah Natalia di sebelah. Lalu mengoyangkan bahunya perlahan. Penat dia melayan karenah Lia yang suka bermain-main dengannya. Tadi Lia kata rumahnya di Selatan Rome. Setelah dia pandu kereta ke sana. Lia memberitahunya bahawa rumahnya bukan di situ tapi di daerah central. Hampir setengah hari dia memandu keliling Rome melayan karenah Lia. Kalau setiap kali begini cara Lia dia boleh pendek umur.

"Lia! Dah sampai!," ujarnya lalu menoleh ke arah Lia sekilas.

Wanita itu tidak sedar dari tidur. Tidak sedar atau sengaja! Nik mengeluh kecil. Dia benar-benar tidak menyangka akan bertemu Lia di Rome. Di dalam ramai-ramai pelajar sekolah SMTI dia boleh bertemu semula dengan Lia dan tidak teman lain. Dan terus terang dia tidak berapa teruja bertemu dengan Lia semula kerana dia masih ingat akan perlakuan Lia terhadap dirinya dahulu.Dan sepanjang perjalanannya menghantar Lia pulang ke rumah. Lia tidak penat bercerita mengenai perihal dirinya sejak dia tamat sekolah sehinggalah sekarang. Nik hanya mendengar sahaja celoteh Lia. Lia dengan sendirinya mahu menceritakan kisah hidupnya. Semua Lia ceritakan kepadanya tanpa dia minta.

Dia merasa pelik kerana dia tidak pernah berkawan dengan Lia semasa di sekolah kerana mereka berdua tidak boleh bersua muka. Musuh ketat utama dan setiap kali bertemu, mereka pasti akan bertelaga.

Lia yang menyebabkan keningnya berparut dahulu. Lia juga yang meninggalkan bekas gigitan di tangannya bila Lia mengiggit tangannya ketika dia tidak mahu melepaskan tangan Lia semasa Lia mahu menampar pembantunya Dania.

Pendek kata hubungan mereka berdua memang tidak pernah aman. Dia tidak suka pada Lia. Begitu juga Lia. Pada Nik, Lia seorang wanita yang bermasalah dan sentiasa mahukan perhatian. Nik tidak suka dengan perangai Lia sejak dari dulu lagi. Lia spoilbrat. Harap rupa sahaja cantik tapi perangai tidak seindah wajahnya.

Namun takdir menemukan mereka semula setelah 10 tahun lamanya tidak bertemu. Kali terakhir dia bertemu dengan Lia ketika dia menyelamatkan Lia dari lemas. Itu kali terakhir. Dia benar-benar tidak menyangka akan bertemu semula dengan Lia selepas kejadian itu. "Lia bangun!," ujar Nik menolak lengannya.

Lia masih tidak mahu bangun. Nik mematikan enjin keretanya. Dia keluar dari kereta lalu menuju ke arah pintu bangunan rumah Lia. Dia menekan buzzer lalu berkata sesuatu. Seketika kemudian pintu bangunan terbuka.

Nik kembali semula ke keretanya lalu membuka pintu penumpang. Dia mengejutkan Lia.

"Lia please..we are at your place now!," ujar Nik menarik tangannya.

Lia tidak membuka matanya. Dia malah tidur tanpa sedar.

"Unbelievable!!," ujar Nik lalu mengangkat Lia bila Lia tidak mahu bangun setelah di kejut berkali-kali.

Dia tahu Lia sengaja tidak mahu bangun namun dia tidak punya pilihan lain. Jika dia biarkan, Lia tidak akan bangun dan terus tidur di dalam keretanya. Bukan dia tidak tahu perangai merepek Lia. Semua dia berani lakukan. Jika tidak, masakan dia berani tidur di lokap berkali-kali di Rome. Dan masih tidak serik-serik lagi.

Ia, Lia ceritakan semuanya kepadanya semasa dia memandu tadi. Lia kerap kali tidur di lokap kerana melakukan kesalahan di Rome. Dan perbuatannya tadi adalah salah satu antics yang dia mahu tidur di dalam lokap semula. Dia sendiri tidak tahu apa masalah dan penyakit Lia.

Lia memeluk tengkuk Nik sebaik sahaja lelaki itu mengangkatnya. Nik mendengus geram kerana dia tahu Lia sengaja mahu dia mengangkatnya. Ikutkan hati ingin sahaja dia membaringkan Lia di atas lantai dan tinggalkan dia di situ. Namun Nik tidak sekejam itu.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now