Part 52

53 4 0
                                    


LIA menolak pintu keluar dari wad di mana Nik di tempatkan. Tekaknya mula terasa dahaga. Dia mencari vending machine untuk membeli minuman. Di suatu sudut berdekatan dengan kaunter nurse terdapat sebuah vending machine.


Lia menuju ke arah vending machine tersebut. Dia tidak bercadang untuk berehat di rumah kerana dia mahu menemai Nik di hospital. Dia sudah hubungi ibunya dan ibu mertuanya memberitahu mereka mengenai Nik. Dia tidak membenarkan mereka datang ke hospital malam ini kerana doktor mengatakan Nik perlu berehat dan meminta mereka datang melawat Nik esok sahaja.


"Lia?? Natalia?," tegur seseorang.


Lia menoleh memandang kearah orang yang menyapanya. Wajah wanita bertudung yang sebaya dengannya di pandang.


"Ini Lia kan?," ujarnya lagi bila wanita itu hanya memandang wajahnya bila dia menegurnya awal tadi.


"Ah saya...," jawab Lia teragak-agak kerana dia tidak mengenali wanita itu. Siapa wanita itu? Kenalan dia atau kenalan Nik? Suaranya seperti biasa di dengar hanya wajah wanita itu tidak dikenali.


"Lah Lia lama tak jumpa kau? Apa khabar kau sekarang?," ujarnya teruja lalu memeluk Lia. Gembira dapat bertemu dengan teman lamanya.


"Baik," jawab Lia hanya tersenyum bila wanita itu kelihatan teruja sangat.


"Lia?? Kau tak ingat aku kan! Sebab tu kau tak teruja sangat!," ujar wanita itu memandang tepat ke wajah Natalia bila temannya itu kelihatan biasa sahaja dan tidak terperanjat.


Lia mengelengkan kepalanya perlahan lalu tersenyum bila wanita itu dapat meneka bahawa dia tidak tahu siapa dirinya. Lia masih belum dapat mengingati banyak perkara tentang dirinya dan orang-orang yang pernah dikenali. Dia juga tidak ingat bagaimana dia bercinta dengan Nik. Dia hanya dapat ingat sedikit sahaja. Bahawa dia, Nik dan Dania bersekolah di tempat yang sama. Selebihnya dia benar-benar tidak ingat.


"Aku lah Yana! Bestfriend kau masa sekolah menengah dahulu?," ujar Yana lalu menepuk lengan Lia. Masakan Lia tidak ingat padanya. Wajahnya bukanlah berbeza sangat semasa sekolah dahulu. Dia akui semasa sekolah dahulu mereka selekeh tak bermake-up dan pandai melawa.


"Yana?? Sekolah menengah?," ulang Lia bila wanita itu mengatakan mereka teman rapat semasa di sekolah menengah dahulu. Mungkin benar apa yang wanita itu katakan kerana sungguhpun dia tidak dapat mengingati wajah wanita itu tapi dia kenal pada suara wanita itu.


"Ah tak pelah kalau kau tak ingat aku! Nanti aku ingatkan pada kau lagi..ni kau dah kahwin belum??? Kau kahwin dengan siapa?? Dengan Eryan??," tanya Yana ingin tahu.


Dia tahu Lia bercinta dengan Eryan semasa di sekolah dahulu. Dan dia tahu mereka benar-benar serious. Sejak Lia berpindah dan melanjutkan pelajarannya di London mereka terputus hubungan.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now