ZARA mengurut perlahan lehernya yang terasa lengguh tadi. Dia membuka laci lalu mencapai botol ubat-ubatannya. Dia mengeluarkan setiap satu pil dari botol-botol itu lalu di masukkan ke dalam mulutnya. Dia mencapai air putih lalu meneguk perlahan.
Zara mematikan lampu sisi lalu baring mengiring ke kanan. Walaupun badannya terasa penat namun matanya masih belum mengantuk lagi. Dia teringatkan akan perbualannya dengan Haider siang tadi. Haider mengatakan dia sudah menganggap Zara sebahagian dari ahli keluarganya dan Zara tidak perlu merasa dirinya tersisir.
Zara beruntung kerana Haider dan ibunya begitu baik terhadap dirinya. Mereka banyak membantu Zara dan Zara tidak akan dapat melupakan jasa-jasa mereka.
Bagaimana baiknya layanan Haider dan mamanya terhadap diri Zara, Zara tetap merasa hatinya sepi kosong dan kehilangan. Dia tidak tahu siapa keluarganya dan siapa dirinya yang sebenar. Dan Zara merasa hidupnya tidak lengkap kerana dia merasakan dia kehilangan sesuatu yang besar dalam hidupnya.
Zara mengosok jari manisnya perlahan. Ia sudah menjadi kebiasaan Zara bila dia merasa sedih, dia akan berbuat demikian. Dan setiap kali itu juga dia cuba mengingati apakah cerita di sebalik parut kecil yang terdapat di jari manisnya kerana Zara tidak tahu bagaimana jarinya terluka kerana kesan dari luka itu membuatkan parut kecil itu kekal dijarinya.
Terlalu banyak perkara yang Zara tidak dapat ingat dalam hidupnya. Sehinggakan namanya sendiri dia tidak dapat mengingatinya walaupun dia cuba berkali-kali.
Haider mengatakan salah satu perkara yang dapat membantu Zara memulihkan ingatannya, jika dia pergi ke tempat-tempat yang selalu dia kunjungi dahulu. Dan juga sekiranya Zara melihat wajah-wajah yang familiar dalam hidupnya, ia dapat juga memulihkan ingatannya semula.
Namun sehingga kini Zara tidak dapat mengingati apa-apa kerana mungkin tempat dimana Zara berada, bukan tempat-tempat yang dia selalu kunjungi dan tidak terdapat wajah-wajah familiar yang dia kenali di sini, maka ia tidak dapat membantu memulihkan ingatannya semula.
Setiap hari Zara tidak pernah jemu berdoa moga Allah memulihkan ingatannya semula agar dia dapat mengenali siapa dirinya yang sebenar dan selagi dia tidak tahu, dan selagi itulah hatinya tidak akan merasa tenang.
*****
18 December, 2012
"SAYANG if one day I tak ada, you cari perempuan lain sebagai penganti I tak?," tanya Lia lalu menoleh memandang wajah Nik ketika mereka berjalan menuju kearah station keretapi.
"If you tak ada?? You pergi mana dear? Of course lah I cari you sampai dapat, tak kan I nak cari perempuan lain pulak kan!," ujar Nik lalu tersenyum. Dia sengaja memberi jawapan sebegitu walaupun dia tahu bukan itu maksud pertanyaan Lia tadi.
"You ni?? I'm serious ok!," ujar Lia lalu menepuk lengan Nik bila lelaki itu cuba bergurau dengannya.
"Oklah I'm serious, if you tak ada? You tetap berada di hati I walaupun I bersama dengan perempuan lain," jawab Nik tersenyum lagi lalu memeluk Lia erat.
Lia memandang wajahnya tanpa berkedip tidak percaya dengan jawapan yang di beri Nik. Is he serious?
"Eii jahat!!," jawab Lia dengan wajah geram bila Nik memberinya jawapan yang dia tidak suka dengar. Jika dia tidak ada lagi Nik akan berkahwin lain? Sampai hati Nik!
"Lah kenapa pulak, I jahat sayang? I beri jawapan yang jujur tu! You nak I beri jawapan yang bagaimana?," tanya Nik bila Lia menunjukkan rasa tidak puas hati dengan jawapan yang di berikan.
"I thought you would say, you akan sayang I sampai bila-bila! Ini nak kahwin lain pulak!," jawab Lia dengan wajah merajuk. Dia terasa hati bila Nik memberinya jawapan sebegitu. Nik tidak benar-benar sayang padanya. Dia fikir Nik akan setia padanya dan tidak akan bernikah lain.
Nik tersenyum melihat Lia merajuk dengannya. Sepertimana yang di katakan, dia tidak pandai bermain dengan kata-kata. He is not a sweet talker. Menabur janji yang dia khuatir tidak dapat ditepati.
Dia tahu jawapan yang di berikan, tidak akan menyenangkan hati Lia, namun sejujurnya, jawapan itu yang terbaik yang dapat dia berikan kepada Lia. Dia tidak dapat meramal apa yang akan terjadi di masa hadapan. Hanya Allah sahaja yang tahu. Apa yang dia tahu ajal maut dan jodoh semua di tentukan Allah.
"Sayang...I akan sayang you sampai bila-bila kerana you adalah wanita pertama yang I benar-benar cinta dan menyayangi setulus hati, even if I'm with someone when you are not around, that person won't get the same love as I love you, you are my soulmate!," terang Nik lalu memandang wajah isterinya.
"That statement only applies when I'm not around kan?," tanya Lia lalu memandang wajah Nik.
Dia terpaksa menerima kenyataan Nik dengan hati yang terbuka kerana dia tahu Nik tidak suka berjanji kerana khuatir dia tidak dapat menepati janjinya.
"It only applies when you are not around! Please talk about other things dear! We are on our honeymoon, let's not spoilt it!," ujar Nik dengan wajah serious. Dia mula merasa tidak selesa bila Lia mengutarakan pertanyaan sebegitu. Membuatkan hatinya merasa tidak senang tiba-tiba. Dia sendiri tidak tahu bagaimana sekiranya suatu hari dia terpaksa berpisah dengan Lia. Dapatkah dia meneruskan hidupnya seperti biasa? Dapatkah dia meneruskan hidup tanpa Lia?
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...