LIA cuba mengeluarkan cincin di jari manisnya. Cincin itu tidak bergerak setelah dia cuba menariknya kuat. Ah sudah! Keluh Lia dalam hati. Pandai dia sendiri. Memaksa cincin itu ke jarinya tadi. Sekarang cincin itu sudah stuck di jarinya. Dan jarinya kelihatan blue black lebam kerana darah tersekat di situ.
"Kenapa sayang?," tegur Nik bila isterinya masih lagi duduk dikatil dan tidak tidur lagi.
"Tak ada apa-apa," jawab Lia lalu menyembunyikan tangan kanannya di belakang badannya.
"Tak ada apa-apa! Kenapa muka macam pelik aje! Kalau tak ada apa-apa?," ujar Nik tersenyum lalu berbaring di atas katil. Kepalanya di rehatkan di atas riba Lia. Wajah cantik isterinya di pandang dengan penuh kasih sayang.
"Betul tak ada apa-apa!," jawab Lia lalu tersenyum memandang wajah Nik. Tangannya mengelus rambut Nik perlahan.
"Urutkan kepala I sayang! Terasa pening pulak," ujar Nik manja lalu memejamkan matanya.
Lia mengurut kepala Nik mengunakan tangan kirinya.
"Apa ni sayang? Urutlah betul-betul kenapa guna tangan sebelah aje!," ujar Nik lalu memandang wajah Lia tepat.
Lia menjeling lalu menunjukkan jari kanannya kepada Nik. Dia mengalah kerana dia tidak dapat menyembunyikan tangan kanannya lagi kerana Nik mahu dia mengurut kepalanya mengunakan dua belah tangannya.
"Ya Allah! Dah tahu cincin tu ketat, kenapa sayang sarung ke jari sayang? Abang dah kata nak besarkan cincin tu esok!," ujar Nik lalu bangun. Dia membelek jari Lia perlahan cuba untuk mengeluarkan cincin itu dari jari Lia.
"My finger feel bare without the ring!," jawab Lia lalu menarik wajah masam bila Nik memarahinya.
Dia tidak suka membiarkan jarinya kosong tanpa memakai cincin pernikahan mereka. Sebab itu dia paksa juga memakainya walaupun dia tahu Nik tidak akan membenarkan dia memakainya, kerana Nik tahu bahawa cincin itu ketat, Lia juga pada awalnya degil tidak mahu saiznya dibesarkan kerana tidak mahu mencacatkan cincin itu.
"So sekarang macamana hendak keluarkan cincin ni?," tanya Nik lalu memandang wajah isterinya.
"I don't know cut my finger? I'll guess!," jawab Lia lalu tersenyum. Dia malas hendak ke kamar mandi mengunakan sabun untuk mengeluarkan cincin itu.
"Cut you finger?? Hmm..sayang rasa sampai hati abang hendak buat begitu pada sayang ke?," ujar Nik lalu mencubit pipi isterinya perlahan.
"I don't know, perangai lelaki susah hendak di predict! Kalau dah sayang..lautan api pun sanggup di renangi, bulan dan bintang pun sanggup diserahkan, tapi kalau dah tak sayang lain pula ceritanya," ujar Lia lalu menjeling Nik.
Nik tersenyum bila jawapan yang di beri Lia seakan menyindirnya. Dia tahu Lia suka berbuat demikian kerana Lia ingin mendengar balasan dari Nik. Namun Nik tidak akan membalas kerana dia tidak mahu apa yang di katakan atau berjanji kepada Lia akan memakan dirinya sendiri suatu hari nanti. Dia tidak pandai bermain dengan kata.
"Betul tak apa yang Lia katakan abangku sayang!," usik Lia mencubit pipi Nik lagi bila Nik hanya tersenyum dan tidak membalas apa-apa.
"Lia...terus terang abang katakan, abang tak sanggup renang lautan api, sebab belum cecah kaki kat lautan api sudah terbakar! Really tak sempat berenang sayang...dan abang bukan Dr. Sheikh Muszaphar yang boleh ke bulan, so perumpamaan sebegitu sudah tidak relevant lagi," jawab Nik lalu tersenyum.
"Sejak bila abang pandai loyar buruk dengan Lia?? I never seen the funny side of you??," ujar Lia tersenyum gelihati bila Nik pandai bergurau dengannya. Kerana Nik yang di kenali dan dia tahu, bukan seorang lelaki yang pandai membuat lawak dan dia tidak lucu. He just a handsome good looking man and there's no funny bones in his body!
"Really?? Lia tak pernah tahu?? Ah mungkin bukan dengan Lia tapi dengan teman wanita sebelum Lia," jawab Nik dengan wajah selamba sengaja hendak mengenakan isterinya.
"Apa girlfriend dulu?? Eii..you are mean!," ujar Lia lalu mencubit pinggang Nik bila Nik mengusiknya. Dia tidak dapat menerima imej wanita lain bersama dengan Nik kerana dia merasa cemburu. Dia tidak rela berkongsi Nik dengan sesiapa.
Nik hanya ketawa kecil lalu mencapai tangan kanan Lia membuatkan Lia berhenti mencubitnya. Lia memandang wajah Nik bila lelaki itu tiba-tiba berbuat begitu. Wajah Lia di pandang, jari manis isterinya di masukkan kedalam mulutnya. Lia mengulum senyum kerana merasa geli bila Nik berbuat begitu. Cincin di jari Lia berjaya di keluarkan. Nik mengeluarkan cincin Lia dari mulutnya.
"Thanks sayang. What would I do without you?," ujar Lia tersenyum lalu memeluk Nik. Lia mahu mengambil cincin dari tangan Nik. Namun Nik mengengamnya semula. Lia memandang wajahnya dengan penuh tanda tanya.
"This ring abang akan besarkan saiznya esok! Tengok jari Lia terluka!," ujar Nik lalu mencapai tangan Lia. Terdapat kesan luka kecil di jari Lia di sebabkan cincin itu.
"Oh I didn't realize! No wonder pedih!," jawab Lia baru terperasan jarinya terluka. Patutlah dia merasa pedih ketika Nik mahu mengeluarkan cincin itu tadi, rupanya jarinya terluka dan dia tidak sedar jarinya terluka.
"Till then! No ring!," ujar Nik lalu bangun dan menuju kearah meja solek. Dia membuka laci di meja solek itu lalu mencapai bekas tempat meletak cincin yang tersimpan di situ.
Zara tersentak lalu terjaga dari tidur bila terdengar bunyi jam locengnya berbunyi nyaring. Zara bangkit lalu mematikan loceng jamnya lalu duduk. Dia duduk diam bila teringatkan tentang mimpinya tadi. Dia mimpikan Nik? Apa yang pelik dia bermimpi dia isteri Nik kerana mimpinya itu seolah-olah benar berlaku kerana ia seperti hidup?
Zara melirik kearah tangan kanannya. Jari manisnya berparut! Sama seperti luka yang terdapat di jari Lia di dalam mimpinya! Adakah ianya benar-benar berlaku dan ianya bukan sekadar mimpi. Apa yang disangka mimpi adalah memorinya yang sebenar bersama Nik dahulu?
Zara tidak dapat mengesahkan bahawa itu adalah mimpi atau ia pernah terjadi ke atas dirinya. Hanya Nik yang tahu. Inilah kali pertama dia mimpikan sesuatu seperti ianya benar-benar berlaku. Atau mungkin kerana dia terlalu memikirkan tentang Nik maka dia bermimpi tentang lelaki itu? Zara menjadi keliru sendiri.
Zara mencapai clip rambutnya yang terletak di meja sisi, rambutnya yang panjang melepasi bahu di ikat mengunakan clip. Dia bangkit lalu menuju kearah kamar mandi.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...