Part 62

52 3 0
                                    

NATALIA melirik kearah iphonenya bila dia menerima watsapp dari seseorang. Dia meletak blouse sutera berwarna peach di atas katil lalu mencapai iphonenya yang berada di meja sisi.

Lia mengerutkan dahinya bila watsapp yang di terima dari Eryan. Setahunya dia tidak memberi Eryan nombor telefonnya tempoh hari. Pasti Yana yang memberi nombornya kepada Eryan. Apa yang Eryan mahu darinya.

Hi Nat..can we meet up? - Eryan

Meet up?? Kenapa? Pantas jari Lia menaip membalas message dari Eryan.

Hai..nak jumpa you pun mesti ada reason ke? Kita dah lama tak jumpa! Why, your hubby tak beri ke? Tell him we are old friends!

Lia menjeling bila Eryan menyindirnya. Dia melirik kearah Nik yang baru keluar dari kamar mandi. Lia mengambil keputusan untuk tinggal serumah dengan Nik, namun mereka tidur di bilik berasingan. Lia dan Nik cuba memperbaiki rumahtangga mereka dan mengembalikan kemesraan pada hubungan mereka berdua. Nik mahu membawa Lia ke Rome bertujuan untuk membantu Lia mengingati pertemuaan mereka dahulu.

"Would you allow me to meet my old friend?," tanya Lia lalu menoleh memandang wajah Nik.

"Old friend?? Yana?," ujar Nik bila Lia meminta izin darinya untuk bertemu dengan teman lama. Setahu Nik, teman lama Lia adalah Yana.

Natalia mengelengkan kepalanya perlahan.

"Bukan Yana?? Siapa old friend you?," tanya Nik dengan wajah hairan lalu duduk di sofa memandang wajah isterinya.

"Eryan," jawab Natalia tanpa berselindung.

"Eryan?? Lia masih keep in touch with Eryan?," tanya Nik dengan wajah terperanjat. Tempoh hari dia ternampak dari Instagram Dania. Lia bergambar dengan Eryan. Dia tidak bertanya pada Lia kerana dia tidak mengesyaki hubungan mereka lebih dari kenalan lama kerana dia mendapat tahu bahawa Eryan juga sudah beristeri.

"Not really..I met him di Café dengan Yana tempoh hari..he just wants to catch up, if you tak beri I tak kisah, no biggie!" jawab Lia dengan wajah selamba. Dia pun tidak berapa kisah jika Nik tidak beri. Lagipun dia tidak tahu apa yang hendak mereka bualkan nanti kerana dia tidak ingat pada Eryan.

Lia menoleh kearah Nik bila lelaki itu diam dan tidak bersuara.

"It's ok if you tak izinkan..I don't mind," jawab Lia melipat blouse sutera peachnya lalu di masukkan ke dalam luggage bag.

"Lia ingat apa-apa tentang Eryan?," tanya Nik ingin tahu. Lia tidak dapat mengingati apa-apa tentang dirinya. Bagaimana mereka bertemu kembali seterusnya jatuh cinta. Jadi dia ingin tahu jika Lia ingat apa-apa tentang hubungannya dengan Eryan.

"Tak...," jawab Lia ringkas lalu mengelengkan kepalanya perlahan.

Nik mengeluh lega. Dia khuatir jika Lia ingat akan hubungannya dengan Eryan kerana Eryan merupakan bekas kekasih dan tunang Lia sebelum mereka berkahwin dahulu. 

                                                                             ****

FIRDAUS mematikan telefonnya sebaik sahaja berbicara dengan Nik. Dia mengalakkkan Nik membawa Lia ke Rome semula. Mungkin membawa Lia di sana. Lia dapat memulihkan ingatannya semula. Dan Firdaus meminta mereka tinggal di rumahnya kerana dia akan berada di Malaysia selama sebulan kerana mengikut kehendak kakaknya yang mahu menjodohkan dia dengan seseorang.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now