Part 21

86 6 0
                                    

Tahun 2001, Di SMTI

LIA duduk di bangku sementara menanti ahli kelab lain masuk ke dalam bilik mesyuarat. Matanya melirik ke arah Nik Ketua Pengawas yang juga salah seorang ahli kelab catur. Lelaki itu sedang berjalan menuju ke arah bilik mesyuarat sambil berbual-bual mesra dengan seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 Mawar yang bernama Zalia.

Lia memandang ke arah mereka bila terdengar Zalia tertawa kecil lalu menepuk lengan Nik mesra. Lia menutup buku sain yang di bacanya lalu memerhatikan mereka dari jauh.

'Boleh tahan gatal juga si Nik ni?' bisik Lia dalam hati kerana lelaki itu seringkali di lihat berbual dengan ramai pelajar perempuan di sekolahnya. Namun dia tidak pernah melihat Nik berjalan dengan seorang pelajar perempuan sahaja melainkan Dania.

Dia tahu Dania sukakan Nik. Dan dia juga tahu Nik tidak pernah menganggap Dania lebih dari teman sekolahnya sahaja. Kenapa Nik tidak ada teman wanita? Di sekolah mereka, budak tingkatan 3 pun sudah pandai bercouple-couple. Inikan pula Nik pelajar Tingkatan 6 atas. Hendak katakan Nik tidak ada rupa. Nik kacak orangnya, pelajar yang bijak dan dia juga ketua Pengawas.

Pakej lengkap pada pandangan mata kasarnya. Dan jika, tidak kerana Nik seorang pelajar yang baik dan juga seorang pengawas, mungkin dia akan jatuh hati pada Nik. Lia tidak suka pada budak lelaki yang baik seperti Nik. Dia sukakan 'badboy' seperti Eryan.

"Kau asyik pandang si mawas tu kenapa? Kau sukakan dia ke?," tegur Yana bila dilihat Natalia terlalu asyik memerhatikan Nik sedari tadi sehingga tidak menyedari kehadirannya.

"Aku sukakan Nik?? Even if he was the last man on earth, i would not end up with him! kau tahu aku tak suka budak baik yang goody two shoes macam Nik tu!," jawab Lia lalu menjeling ke arah Yana bila Yana mengatakan dia suka pada Nik.

"Kau yakin kau tak sukakan Nik, Lia??," tanya Yana lagi lalu memandang wajah Lia bila temannya mengatakan dia tidak suka pada Nik. Tapi melihat dari cara Lia dia sememangnya sukakan Nik. Cuma Lia tidak mahu mengaku.

"Ah yelah..kan ke boyfriend aku Eryan, bukannya Nik!," jawab Lia dengan wajah tidak puas hati bila Yana seakan mengusiknya.

"Tapi kenapa kau selalu ambil perhatian Nik! Kalau sehari kau tak menganggunya, kau tak senang hati! Dan setiap kali Nik dengan budak perempuan lain kau merasa cemburu!," ujar Yana.

Dia selalu perhatikan sikap Lia begitu. Lia tidak mengatakan dia cemburu namun dari body languagenya dan reaksi di wajah Lia setiap kali melihat Nik bersama dengan pelajar perempuan lain dia dapat membaca Lia sukakan Nik.

"It will never happen! Kau pasti aku merasa cemburu! Mungkin aku meluat dan bukan cemburu kau bukan tau!," jawab Lia cuba mempertahankan dirinya walaupun dia akui apa yang Yana katakan tadi sedikit sebanyak ada kebenarannya.

Mungkin juga, dia sukakan Nik tapi dia tidak dapat menerima kenyataan kerana mulutnya mengatakan dia benci dan tidak sukakan Nik manakala hatinya berkata sebaliknya.


*****


Lia tersenyum bila dia teringatkan kembali perbualannya dengan teman baiknya Yana di sekolah menengah dahulu. Nik is the last man on earth untuk dia jatuh cinta.

Nampaknya dia terpaksa menelan kenyataan yang pernah dia buat 10 tahun duhulu tentang Nik, kerana dia akui telah jatuh cinta pada Nik. Dan dia sudah seperti wanita angau tidak merasa jemu memandang wajah kacak lelaki itu dan mahu sentiasa bersamanya.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now