LIA memeluk mama Zarina erat. Setelah hampir 14 hari mereka di bumi Italy. Hatinya menjadi sayu dan sebak kerana terpaksa berpisah dengan mama angkatnya semula. Orang yang paling rapat dengannya selama hampir 3 tahun adalah mama Zarina dan Haider. Zara benar-benar menyangka bahawa dia sebatang kara di dunia ini kerana dia tidak tahu dimana keluarganya berada dan siapa dirinya. Jasa baik mama Zarina dan Haider akan di kenang sampai bila-bila. Ikutkan hati dia tidak mahu tinggal di Malaysia dan mahu terus menetap di Rome. Pada Lia Rome adalah rumahnya. Malaysia sudah menjadi bumi asing buat dirinya kerana dia tidak punya memori apa-apa di tempat bumi kelahirannya.
Nik memerhatikan mereka berpelukan dari jauh. Hatinya turut tersentuh melihat keadaan Lia. Dia tahu Lia merasa sedih untuk meninggalkan mereka. Pada Lia mama Zarina adalah ibunya selama 3 tahun dahulu. Dan Haider adalah saudaranya yang ada ketika itu.
"Don't be sad my dear..you can always visit us whenever you are here! I'm sure your husband will bring you here every year like he promised!," pujuk mama Zarina bila di lihat wajah sugul Lia. Dia tahu kenapa Lia bersedih dan dia faham akan perasaan Lia. Namun Lia harus terima keluarganya dan suaminya walau apa jua keadaan kerana mereka adalah darah daging Lia sendiri.
"Doakan Lia yang terbaik mama..," ujar Lia dengan perasaan sebak lalu mengesat air matanya perlahan.
"Insya Allah sayang..kami akan mendoakan yang terbaik buat Lia..you take care of yourself my dear, send my regards to your mum," ujar Puan Zarina lalu mengusap belakang Lia perlahan.
Haider menghulurkan tangannya kepada Nik. Nik menyambut tangan Haider lalu berpelukan.
"See you around bro! Take care of Lia, because if you don't..I will," usik Haider tetawa kecil lalu menepuk belakang Nik perlahan. Dahulu dia tidak suka pada Nik kerana menganggap Nik seorang lelaki yang tidak baik. Namun setelah dia mengenali Nik. Dia akui Nik, seorang lelaki yang bertanggungjawab dan dapat menjaga Lia dengan baik. Dia tidak dapat membantu Nik untuk meleraikan masalah rumahtangganya. Apa yang dia mampu hanya mendoakan kesejahteraan mereka berdua. Dia percaya Nik mampu membahagiakan Lia.
"Insya Allah.., Do keep in touch..we are family Haider, I hope there's no hard feelings between us, we are good aren't we?," ujar Nik lalu meleraikan pelukan mereka. Dia dan Haider menjadi rapat setelah mereka mengenali hati masing-masing.
"Yes we are good! And hopefully your next visit I'm going to be uncle!," ujar Haider lalu tersenyum pada Lia yang datang menghampir mereka berdua.
"Uncle?? What do mean uncle?," jawab Lia bila Haider mengatakan dia ingin menjadi pakcik.
"Junior you or Nik perhaps?," jawab Haider lalu tersenyum kerana Lia tidak dapat menangkap akan maksudnya tadi.
"Insya Allah!," jawab Lia lalu memandang wajah Nik. Dia tidak tahu kenapa hatinya tiba-tiba merasa sayu. Seolah-olah apa yang Haider harapkan tidak akan menjadi kenyataan.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...