Part 12

75 5 0
                                    

NIK keluar dari lift lalu menuju kearah pejabat pelanggannya. Dia menoleh kearah Lia yang berada di belakangnya. Dia tidak tahu kenapa dia membawa Lia ke pejabat pelanggannya. Setelah mendengar luahan hati Lia dia merasa simpati dengan wanita itu. Dari kesimpulan yang dia buat. Lia kehilangan orang yang disayangi dan menurut Lia. Nik mengingatkan dia pada orang itu. Dia berharap benar Lia berkata jujur dan tidak menipunya hanya kerana mahu meraih simpati darinya.


"Ingat pesan I tadi, you are my intern and please don't do anything stupid!," ujar Nik mengingatkan Lia akan pesanan yang diberikan kepada Lia sebelum dia membenarkan Lia mengikutnya ke pejabat pelanggannya. Dia berharap Lia tidak memberinya masalah.


Dia tiba-tiba merasa kasihan pada Lia. Mungkin Lia perlukan teman yang dapat memahami hatinya. Dan Nik tidak kisah jika Lia perlukan teman asalkan Lia tidak menyusahkan hidupnya lagi.


"Ok boss!," jawab Lia lalu tabik hormat kepada Nik.


Nik tidak tersenyum malah wajahnya kelihatan serious bila dia berbuat demikian.


"I'm serious Lia!," ujar Nik lalu memandang wajah Lia tepat.


Lia membuahkan senyuman kepada Nik bila lelaki itu mula serious. Adult Nik  is not fun at all! Asyik serious sahaja tak seperti Nik yang teenagers. Ngomel Lia dalam hati.


Nik bekerja di sebuah syarikat Auctioneers And Appraisers of Fine Arts, Antiques & Jewelry. Dan di sebabkan pekerjaan Nik yang interesting membuatkan Lia mahu mengikutnya ke pejabat pelanggan dan Nik pula hanya bersetuju membawa Lia, jika Lia behave semasa dia di pejabat pelanggannya.


Nik mengetuk pintu pejabat pelanggannya perlahan dan setelah di arah masuk. Nik membuka pintu pejabat pelanggan dan Lia mengekorinya dari belakang. Di pejabat pelanggan Nik terdapat pelbagai jenis barang antics.


"Madam Sharon, I hope you don't mind that I brought my intern Natalia along," ujar Nik ramah lalu tersenyum.


"Ah I don't mind at all Nik..Nice to meet you Natalia! I hope you learn something valuable from Nik! He's a good appraiser! He's my favorite!," ujar Madam Sharon ramah lalu menghulurkan tangannya kepada wanita yang di bawa Nik ke pejabatnya.


"Nice to meet you too Madam Sharon, I'm sure he is!," jawab Natalia membuahkan senyuman kepada Madam Sharon lalu duduk di kerusi sebelah Nik.


Lia tersenyum bila Madam Sharon memuji Nik dengan mengatakan bahawa Nik adalah appraiser kesayangannya. Siapa yang tidak suka pada Nik. Di sekolah dahulu semua guru-guru suka dan sayang pada Nik kerana dia seorang murid lelaki yang baik dan berhemah tinggi. Dan Lia pula sengaja mencari kekurangan Nik dengan memberinya pelbagai masalah. Namun setiap perbuatan nakalnya selalu back fired kerana Nik as tough as nails.


Lia mengalihkan pandangannya di atas meja Madam Sharon terdapat sebuah pasu berwarna biru dan terdapat lukisan tangan beberapa ekor ikan di tengahnya. Pasu itu tidaklah begitu cantik dan menarik pada pandangan mata Lia. Dan Lia tidak akan membazirkan duitnya membeli pasu yang buruk itu.


Tak ada taste langsung orang yang membeli pasu ni! Bisik hati Lia perlahan.Lia tidak menumpukan perhatiannya pada perbualan diantara Nik dengan pelanggannya kerana dia sibuk melungsuri internet mencari sesuatu di handphonenya.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now