Part 30

60 4 0
                                    


Venice, 18 December, 2012


SETELAH menjamu selera dan menaiki gondola. Nik dan Lia menaiki boat taxi menuju kearah Santa Lucia Station untuk kembali ke Rome. Sementara menunggu Nik mendapatkan ticket keretapi. Lia berjalan-jalan di sekitar station Santa Lucia. Menurut Nik mereka akan menaiki keretapi berangkat jam 5.25pm dari Venezia Santa Lucia to Roma Termini.


Lia merasakan percutiannya di Venice kali ini amat bermakna sekali kerana dia bercuti dengan suami yang tercinta dan bukan bercuti seorang. Selepas mereka bernikah dan setelah Nik menguruskan pekerjaannya di Malaysia mereka kembali ke Rome dan berbulan madu di Venice.


Lia merasakan hidupnya lengkap dan bahagia dengan kehadiran Nik. Nik seorang suami yang penyayang dan juga seorang lelaki yang cool spontan kerana Nik telah mengenakan dia tadi.


Dia tidak menyangka Nik sanggup mengupah orang untuk mengenakannya. Dahulu Lia selalu mengenakan Nik. Baru dia tahu akan perasaan Nik bila dia selalu membuatkan lelaki itu cemas dengan perbuatan nakalnya.


Mereka berada di stesyen keretapi awal. Nik meminta Lia menunggunya di bangku sementara dia ke kedai membeli sesuatu.


Mereka masih punya masa untuk menikmati gelato sebelum menaiki train mereka. Lia teringin sekali mencuba gelato yang terdapat di kedai Gelateria Venezia. Menurut unclenya Gelato di kedai tersebut sedap.


Lia menanggalkan cincin dari jari manisnya kerana jarinya mula terasa kebas, disebabkan cuaca yang sejuk. Dia menyimpan cincin itu ke dalam poket jaketnya dan bercadang akan memakainya semula bila dia berada di dalam keretapi.


"Dah tahu musim sejuk kat Venice tak nak beli winter jaket! Inilah kalau cakap dengan orang degil! Sekarang baru rasa sejuk!," marah seseorang.


Lia menoleh kearah wanita melayu yang memarahi anak perempuannya. Lia melemparkan senyuman kepada wanita dan anak perempuannya yang duduk di sebelah bangku di mana Lia sedang duduk seorang menunggu Nik.


"Tak bawak winter jaket? Venice tengah musim sejuk ni?," ujar Lia ramah lalu membuahkan senyuman.


"Cik dah cakap..budak ni degil tak hendak dengar. Ah sekarang dah sejuk mengokol sendiri!," ujar wanita itu lalu menjeling kearah anaknya.


"Mak ni semua orang hendak beritahu!," jawab anaknya menarik wajah masam bila ibunya mengadu pada orang yang tidak di kenali.


"Yelah degil tak nak dengar kata!," marahnya lagi.


Lia tersenyum lalu membuka jaketnya.


"Nah ambik jaket ni! Pakai nanti sakit pula adik dah tak dapat nak enjoy holiday!," ujar Lia lalu menyerahkan jaketnya kepada budak perempuan itu. Saiz badan mereka nampak sama. Malah rambut dan bentuk badan mereka juga hampir sama. Kebetulan pula budak itu memakai dress pink. Sama sepertinya.


"Eh habis untuk adik macamana?," ujar wanita itu bila wanita yang tidak di kenali itu memberikan jaketnya kepada anaknya yang kesejukkan.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now