Part 31

58 4 0
                                    


ZARA duduk di bangku berhadapan bangunan tempat dia menghantar sandwich siang tadi. Sesekali dia melirik ke arah jam di tangannya. Zara merasa resah gelisah. Dia yakin waktu begini, waktu pekerja-pekerja office pulang ke rumah. Dia berharap benar lelaki yang di temui tadi tidak bekerja lebih masa agar dia dapat bertemu dengan lelaki itu.


Zara bangkit lalu berjalan mundar mandir di hadapan bangku yang dia duduki kerana tidak sabar menunggu. Dia merasa tidak senang hati jika dia tidak bertemu dengan lelaki itu. Dia tidak tahu mengapa dia harus bertemu dengan lelaki itu.


Sepulangannya ke Café. Zara memberitahu auntie Zarina dan pembantu kedainya bahawa dia mahu mengambil cuti setengah hari kerana ingin menguruskan hal peribadi. Auntie Zarina tidak banyak bicara lalu membenarkan Zara mengambil day off.


Zara duduk di bangku semula memandang kearah bangunan di hadapan, bila terdapat beberapa orang lelaki berpakaian pejabat keluar dari bangunan tersebut. Zara kenal akan rupa salah seorang diantara mereka itu adalah lelaki yang mahu di temui. Zara bangkit dari bangku lalu berlari mengejar lelaki itu sebelum dia meninggalkannya jauh.


"Signore! Signore Dante!," jerit Zara di belakang lelaki itu.


Lelaki itu berhenti melangkah lalu menoleh ke belakang bila menyedari seseorang memanggil namanya.


"Si," jawabnya bila wanita delivery dari Anna Cuisine yang di temui siang tadi memanggilnya.


"Hai detto che il tuo amico ha perso la moglie in un incidente avvenuto nel dicembre del 2012? Voglio sapere di più della tua storia amico, perché io sono una delle vittime dell'incidente che è sopravvissuto dalla bomba! (You said your friend lost his wife in the accident happened on December 2012? I want to know more of your friend story, because I'm one of the accident victims who survived from the bomb!)," ujar Zara dengan wajah ingin tahu.


Dia tidak tahu kenapa dia memerlukan bantuan lelaki itu kerana dia dapat merasakan bahawa lelaki itu dapat memulihkan ingatannya sedikit sebanyak tentang kejadian itu dari cerita temannya. Kerana lelaki itu memberitahunya bahawa teman baiknya turut terlibat dalam kemalangan dan temannya terselamat. Dan jika boleh dia mahu bertemu dengan temannya.


Zara hanya sedar sebulan selepas kejadian itu berlaku, kerana kecederaan di kepalanya agak teruk dan dia berada di dalam keadaan koma. Selepas dia sedar dari koma, dia tidak dapat mengingati apa-apa. Siapa namanya dan siapa keluarganya kerana menurut doktor yang merawatnya. Otaknya mengalami gegaran yang teruk akibat impak kemalangan itu maka di sebabkan kecederaan itu, dia mengalami Retrograde amnesia. Dia tidak dapat mengingati apa yang berlaku dalam hidupnya sebelum kemalangan.  


"What accident??? You mean the Santa Lucia Station??" ujar Dante dengan wajah terperanjat bila wanita itu mengatakan dia terlibat dalam kemalangan di Santa Lucia Station. Adakah ini kebetulan? Mana mungkin orang yang kelihatan seperti Lia terlibat dalam kemalangan yang sama?


"What is your name?' tanya Dante lalu memandang wajah wanita itu.


"People call me Zara" jawab Zara perlahan. Dia merasa tidak selesa menyebut nama itu kerana dia tahu itu bukanlah namanya yang sebenar, kerana dia masih tidak dapat mengingati namanya sendiri.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now