Part 84

62 3 0
                                    


FIRDAUS tersentak terperanjat bila pintu biliknya di ketuk berkali-kali dari luar. Dia masih belum tidur lagi kerana leka membaca buku selepas isyak tadi. Firdaus melirik kearah jam di dinding. Jarum jam menunjukkan 11.15 malam. Dia bangkit dari katil lalu menuju kearah pintu. Siapa pula yang mengetuk pintunya? Kakaknya Farzuin? Pintu bilik di buka.


Dia merasa terperanjat bila orang yang mengetuk pintu biliknya itu bukan kakaknya. Pembantu rumah kakaknya Cik Norli berdiri di hadapan muka pintu biliknya.


"Maaf menganggu, Tuan Firdaus ada seseorang hendak bertemu dengan Tuan," ujar Cik Norli dengan wajah serba salah. Ikutkan dia tidak mahu menganggu adik majikannya kerana hari sudah lewat malam. Mungkin tuannya sudah tidur diganggu pula, dia khuatir di marahinya bila dia menganggunya waktu malam begini.


"Bertemu dengan saya waktu begini?? Siapa cik Norli?," tanya Firdaus lalu mengerutkan dahinya merasa pelik ada tetamu mahu bertemunya waktu malam begini. Tidakkan orang yang mahu bertemu dengannya malam ini datang esok hari sahaja. Penting sangatkah sehingga mahu bertemunya pada malam ini juga?


"Dania," jawab Cik Norli. Dia telah cuba memberitahu Dania bahawa Tuan Firdausnya sudah masuk ke biliknya dan meminta Dania kembali bertemu dengannya esok sahaja. Namun wanita itu berdegil dan wajahnya kelihatan terdesak maka dia tidak ada pilihan lain selain dari mengetuk pintu Firdaus memberitahunya bahawa Dania mahu bertemu.


"Dania?? Baiklah Cik Norli..boleh buatkan saya secawan kopi dan hantarkan ke meja pool?,"


"Baik Tuan Firdaus," jawab Cik Norli berlalu meninggalkan Firdaus.


Firdaus mematikan lampu biliknya lalu menutup pintu. Dia berjalan menuruni anak tangga menuju kearah pool di mana Dania sedang duduk menantinya. Kenapa Dania mahu bertemunya pada malam-malam begini? Selalunya Dania akan menghubunginya atau memberi pesanan ringkas jika dia mahu mengadu nasib.


Tapi hari ini Dania mahu bertemunya. Apa pula masalah Dania kali ini? Bukankah hubungan dia dengan Nik sudah berbaik semula kerana Dania mengatakan Nik sudah berubah sejak dia meluahkan perasaan hatinya dahulu. Dan sejak Nik dan Dania sudah berbaik semula. Dania tidak menghubunginya dan seringkali keluar bersama Nik untuk persediaan hari pernikahan mereka.


"It's 11.00 pm..what are you doing here Dania??," tegur Firdaus pada Dania.


Dania menoleh kearah suara yang menegurnya. Dania tersenyum sebaik sahaja terpandang wajah Firdaus.


Firdaus duduk di sofa bertentangan dengan Dania. Melihat dandanan dan pakaian Dania. Dia dapat mengagak Dania baru pulang dari sesebuah majlis.


"You jangan banyak tanya..I stress tau tak??," ujar Dania dengan linangan air mata. Dia tidak dapat menahan rasa sedih. Nik meninggalkannya di majlis reunion tadi kerana sibuk mengejar Lia. Dia tahu kedudukannya. Nik tidak akan berhenti menagih cinta dari Lia, manakala dia pula menagih cinta dari Nik. Dia merasa dirinya begitu bodoh mengejar Nik sedangkan lelaki itu tidak pernah menyayanginya selama ini.


"Ok..," jawab Firdaus sepatah lalu memandang wajah Dania yang kesedihan. Dia merasa kasihan melihat Dania seringkali menangis setiap kali dia mengadu padanya tentang hubungannya dengan Nik. Dia tidak suka melihat Dania menangis dan bersedih.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now