Part 74

46 3 0
                                    


LIA leka memerhatikan pasangan penumpang pesawat yang duduk tidak jauh dari tempat mereka. Pasangan itu kelihatan seperti baru sahaja mendirikan rumahtangga kerana di jari wanita itu inai masih kelihatan merah. Lia dapat mengagak sendiri bahawa mereka berbulan madu di Rome. Melihat dari keceriaan wajah si isteri, Lia dapat merasakan keseronokan mereka berbulan madu. Agaknya begitu perasaannya bila berbulan madu bersama Nik 3 tahun yang lalu.


Sayang sekali dia tidak dapat mengingatinya. Dia tidak tahu kenapa ianya begitu penting buat dirinya untuk mengingati bagaimana dia bercinta, menyayangi Nik seterusnya menikahi lelaki itu. Lia ingin merasa perasaan gembira seperti wanita itu alami. 'Love' kerana setiap kali dia cuba mencintai Nik. Dia di himpit dengan perasaan kesal dan perasaan itu akan meningkat bila dia seringkali memikirkan Nik tidak lagi mencintainya seperti dahulu. Dan kerana itu Nik mahu bernikah dengan Dania. Dan mungkin kerana itu juga, salah satu sebab Lia tidak dapat mengembalikan memorinya kerana terlalu stress memikirkan hubungan dia dengan Nik.


Dia akui Nik seorang lelaki yang baik kerana sungguhpun dia enggan untuk bersama Nik dan tinggal serumah dengannya, Nik masih dapat menerima malah Nik terus bersabar.


Terus terang Lia merasakan hubungan mereka seakan tawar dan hambar. Tidak seperti apa yang telah Nik ceritakan tentang hubungan mereka suami isteri dahulu. Mesra! Tapi kenapa dia tidak merasa begitu dengan Nik sekarang? Adakah dia tidak mencintai Nik seperti dahulu lagi? Adakah perasaannya terhadap Nik sudah berkurangan dari hari ke sehari?


"Sayang ok?," tegur Nik bila di lihat Lia diam sebaik sahaja mereka berada di dalam pesawat.


Lia menoleh ke arah Nik bila di tegur. Dia memandang wajah lelaki itu lama. Nik hanya membiarkan sahaja Lia memandang wajahnya tanpa menegurnya bila dia berbuat demikian. Lia tidak tahu betapa hatinya sedih bila dia dapat merasai bahawa hati isterinya semakin jauh darinya. Pandangan yang Lia berikan padanya hanya pandangan biasa. Dan dia tidak mampu membuatkan Lia cintakan dia, sepertimana Lia cintakan dia dahulu.


Lia mengelengkan kepalanya perlahan kerana dia masih tidak merasai apa yang hendak dia rasakan. No Sparks!


"Don't force yourself dear..perasaan cinta tidak boleh di paksa," jawab Nik perlahan.


"How can you be so calm Nik?," ujar Lia merasa kagum dengan Nik. Lelaki itu tahu dia sedang berperang dengan perasaan malah dia boleh bersikap tenang begitu.


Nik tidak menjawab pertanyaan Lia kerana dia tidak setenang yang Lia sangka. Lia tidak tahu betapa dia sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Dia tidak mahu kehilangan cinta Lia. Namun dia tidak mampu menahan sekiranya suatu hari Lia meminta apa yang di takuti iaitu berpisah dengannya. Dia hanya mampu berdoa semoga jodohnya dengan Lia berkekalan hingga ke jannah. Namun dia sedar dia hanya mampu berdoa dan jika Lia ditakdirkan bukan jodohnya lagi, dia harus redha untuk melepaskan Lia.


"I'm not," jawab Nik tanpa mengulas panjang.


"Kenapa mesti you bernikah lagi Nik? Tidak cukupkah I untuk you? 3 tahun terlalu singkat untuk you bernikah lagi, jika you benar-benar cintakan I Nik!," ujar Lia dengan perasaan sebak. Sudah lama dia pendamkan hasrat untuk bertanya pada Nik akan sebab mengapa Nik mahu bernikah lagi. Sedangkan sebelum dia tahu ada orang ketiga, Nik akui padanya bahawa dia masih tidak dapat melupakan Lia.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now