Part 59

51 4 0
                                    


DANIA menekan loceng gate Nik kerana dia tidak mempunyai kunci rumah Nik dan Nik tidak pernah mahu memberinya. Dania tidak bekerja hari ini dan dia tahu Nik masih cuti sakit di rumah. Dia mahu menemani Nik dan menjaganya dan dia tidak mahu memberi peluang itu kepada Lia. Sejak Lia kembali dalam hidup Nik, dia terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan kasih sayang dan perhatian Nik. Dia tidak akan membenarkan Lia kembali kepada Nik.


Seketika kemudian pintu rumah Nik di buka oleh pembantu rumahnya.


"Nik ada di rumah?," tanya Dania sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah Nik.


"Nik ada di atas," jawab Cik Leha lalu meninggalkan Dania dan menuju kearah dapur.


Dania menjeling meja ruang makan tersedia sarapan pagi buat Nik yang telah di sediakan oleh Cik Leha. Dania mendaki anak tangga menuju ke kamar tiduk Nik. Tanpa mengetuk pintu bilik Nik. Dia memulas tombol pintu kerana dia tahu pintu bilik Nik tidak berkunci.


Nik menoleh terperanjat bila pintu biliknya di buka secara tiba-tiba, kerana jika Cik Leha yang mahu masuk, pasti dia akan mengetuk pintu biliknya terlebih dahulu.


"Don't you ever knock? You can't simply enter my room as you wish, Dania," ujar Nik perlahan tangannya ligat mengikat tali lehernya.


"Why are you dressing up!," ujar Dania dengan wajah terperanjat bila di lihat Nik sedang berdiri di hadapan cermin sedang mengenakan tali lehernya.


"I'm going to work," jawab Nik dengan wajah selamba lalu berjalan menuju kearah katil di mana stokinnya tersedia. Dia duduk di atas katil lalu menyarungkan stokin kekakinya. Dania memerhatikan Nik dengan wajah terperanjat bila lelaki itu bersiap-siap untuk ke pejabat. Nik perlu berehat di rumah. Dia belum pulih sepenuhnya. Dia di beri cuti sakit oleh Doktor kerana bersebab, Doktor mahu Nik rehat secukupnya.


"Work??? Your medical leave is until the end of the week sayang!!! Why can't you rest at home?," ujar Dania lalu menarik lengan Nik bila lelaki itu mahu bangun. Nik cuti sakit hingga hujung minggu ini. Bukankah dia harus berehat di rumah.


"I dah cukup sihat," jawab Nik lalu mencapai jaketnya dan briefcasenya. Tanpa menghiraukan Dania dia berjalan menuju kearah pintu lalu membukanya.


Dania bangkit dari katil Nik lalu berkejar untuk mendapatkan lelaki itu. Lama Nik tidak seperti ini. Maksud Dania, behave like nothing bothers him anymore! Dia khuatir Nik mengalami masalah kemurungan seperti yang pernah dia alami dahulu. Nik akan cuba menyibukkan dirinya agar dia dapat melupakan masalahnya.


"Sayang..listen to me!!," ujar Dania lalu duduk di sebelah Nik yang sedang bersarapan pagi.


Nik tidak menoleh malah selamba menyantap sarapan paginya seolah-olah Dania tidak wujud di sebelahnya.

Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now