LIA terjaga dari tidur lalu bangkit dari sofa bila dia terdengar Nik meracau di dalam tidurnya. Lia segera mendekati Nik. Mata Nik kejam rapat namun badannya di basahi peluh.
"Lia! Lia jangan tinggalkan abang Lia!," ujar Nik dengan wajah cemas lalu menghulurkan tangannya di hadapan.
"Abang..Lia tak kemana-mana abang, Lia ada di sini," ujar Lia cuba mententeramkan Nik. Dia menyentuh dahi Nik. Badannya panas walaupun dia berpeluh-peluh. Lia menekan butang kecemasan bila Nik masih meracau-racau.
Nurse bertugas bergegas ke wad sebaik sahaja dia menekan butang kecemasan. Seketika kemudian doktor on duty masuk ke wad Nik dengan beberapa orang jururawat lagi. Langsir di tutup.
Lia keluar dari wad Nik setelah jururawat meminta dia menunggu di luar wad. Lia keluar lalu duduk di bangku luar membenarkan doktor merawat Nik. Hatinya merasa sebak melihat keadaan Nik ketika dia meracau tadi. Wajah Nik kelihatan cemas dan sedih. Seolah-olah dia benar-benar di tinggalkan. Lia tidak pernah melihat keadaan Nik sebegitu sebelum ini.
Hati Lia tersentuh melihat Nik kerana selama ini Nik tidak pernah menunjukkan emosi dan perasaan kepadanya. Dia tidak tahu apa yang Nik rasa kerana lelaki itu jarang menunjukkan emosinya. Ketika dia marah pada Nik bila mengetahui Dania bakal menjadi madunya. Nik hanya mendiamkan diri. Sebab itu Lia berang dengan Nik kerana Nik pernah katakan kepadanya dahulu bahawa Nik benar-benar cintakan Lia tapi mudah pula dia mencari penganti Lia. Dan setelah Nik tahu dia hidup, Nik tidak pula memujuknya mengatakan dia akan meninggalkan Dania.
Dia benar-benar tidak mengerti dan faham Nik kerana dia masih belum ingat bagaimana dia boleh jatuh cinta pada Nik. Apa yang dia boleh fikirkan hanya Nik seorang lelaki yang kacak dan baik. Tapi dia tidak tahu kualiti apa yang ada pada Nik sehingga dia bernikah dengan lelaki itu.
Ibunya sering menasihatinya agar kembali kepada Nik dan memberitahunya bahawa Nik seorang lelaki yang baik dan penyayang. Itu sahaja yang dia tahu kerana dia tidak ingat. Dia jarang meluangkan masa bersama Nik kecuali keluar makan dengannya sekali sekala. Hubungan mereka benar-benar hambar, suram dan membosankan. Tiada excitement. Nik terlalu menjaga hatinya sehingga dia tidak tahu personality Nik yang sebenar kerana Nik khuatir jika dia tersilap kata Lia akan terus menjauhkan diri darinya.
Lia tidak mahu dianggap sebagai seorang wanita yang tidak berperasaan. Dia mahu tahu apa yang membuatkan dia bernikah dengan lelaki itu. Dan Nik tidak membantunya untuk jatuh cinta padanya semula.
Dia tidak akan bertemu dengan Dania dan bertanya pada wanita itu mengapa dia sukakan pada Nik kerana Dania penyebab dia menjauhkan diri dari Nik kerana menyangka Nik tidak sayang dan cintakan padanya lagi.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...