LIA berdiri tercegat lalu meletak bakul di hadapan pintu pejabat. Dia mengeluarkan kad Nik untuk memastikan bahawa dia tidak tersilap office. Dia melirik kearah jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Masih awal lagi dan dia percaya Nik belum keluar makan tengahari.
Lia mencapai bakul yang penuh sarat dengan sandwiches yang dia sediakan bersama Maria pagi tadi. Pelbagai jenis sandwich yang dia buat untuk Nik kerana dia tidak tahu sandwich kesukaan Nik. Maka dia sediakan pelbagai rasa dan pilihan. Bijak tak dia. Senyum Lia sendiri.Sekali pandang dia kelihatan seperti pekerja sandwich delivery kerana bakul yang dibawa Lia besar dan dalamnya penuh dengan pelbagai jenis sandwich gourmet.
"Buon pomeriggio! Consegna Sandwich per Nik Faisal!," (Good Afternoon! Sandwich delivery for Nik Faisal!," Ujar Lia lalu meletak bakul besar itu di atas kaunter penyambut tetamu pejabat Nik.
"Sandwich per Nik? (Sandwich for Nik?)
"Sì!," (Yes!) jawab Lia tersenyum lebar.
"Ok, io fargli sapere," (Ok, I will let him know)," jawab si penyambut tetamu itu lalu membalas senyuman wanita delivery itu.
Perempuan itu menekan extension Nik lalu memandang wajah delivery lady itu."Da quali Deli?," (From which Deli?)
"Maria Deli," jawab Lia tanpa berfikir panjang dan wajah kelihatan selamba sahaja.
*****
"YOU sent the lady home straight last night?," tanya Dante kerana dia ingin tahu sangat tentang cerita Nik bersama dengan teman wanita yang dikatakan bermasalah itu.
"Don't ask!," jawab Nik lalu menyandarkan badannya di kerusinya. Dia memandang wajah Dante yang sedang duduk di mejanya ingin tahu apa yang berlaku setelah dia menghantar Lia semalam.
"Why?? Is she that bad! Why do you hate her so much?," jawab Dante lalu ketawa kecil bila Nik berkata demikian dan tidak berminat bila dia bertanya tentang wanita itu.
"Can't you read? There is trouble written all over her face!," ujar Nik dengan wajah tidak percaya bila Dante menuduhnya seorang lelaki yang tidak bertimbangrasa.
Selepas dia keluar dari rumah Lia. Dia merasa lega teramat sangat. Seakan bebannya sudah di tinggalkan di rumah itu. Dia merasa serik dan tidak mahu terlibat dengan Lia lagi. Cukuplah Lia menderanya di sekolah dahulu. Dia tidak perlu di dera lagi.
"Maybe she is not well? Maybe she has the same illness as your sister?," ujar Dante lalu mencapai frame gambar yang terdapat di atas meja pejabat Nik. Gambar yang sama sentiasa berada di dalam dompet Nik. Dia tahu kisah sedih Nik. Dan dia bersimpati dengan nasibnya. Nik terdiam seketika bila Dante berkata demikian, mungkin ada kebenaran pada kata-kata Dante. Mungkin juga Lia mengidap penyakit yang sama.
Nik tersentak terperanjat bila telefon pejabatnya berbunyi tiba-tiba. Nik mencapai gagang telefonnya.
"Si, Rina..What??? Who???? I'm coming now!," ujar Nik lalu meletak gagang telefonnya semula. Dia mengelengkan kepalanya perlahan tidak percaya dengan apa yang dia dengar dari Rina. Bala sudah tiba. Baru sekejap tadi dia memberitahu Dante jangan di tanya tentang wanita itu. Lia sudah menjelma. Bagaimana Lia tahu dimana dia bekerja?
"Who's that?," tanya Dante bila Nik kelihatan tidak selesa sebaik sahaja menerima intercom dari penyambut tetamu syarikat mereka, Rina.
"The troublemaker!," jawab Nik ringkas lalu bangkit dari kerusinya. Dia ingin segera bertemu dengan Lia. Dia tidak mahu Lia membuat stunt yang bukan-bukan dan membuat officenya huru hara. Sebelum berlaku apa-apa ada baiknya dia menghalau Lia keluar dari pejabatnya.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...