NIK berjalan menuju kearah sofa yang diduduki Lia menunggunya dari bilik pejabat Madam Sharon. Dia masih tidak dapat melupakan komen Madam Sharon mengenai Lia. Dia tidak menyangka Madam Sharon tahu siapa Lia.
"Hi," tegur Lia bila Nik berada di hadapannya.
"Hi," jawab Nik kembali lalu tersenyum. Dia merasa lega tiada perkara yang pelik berlaku hari ini bila Lia bersamanya. Dan pertemuannya dengan Madam Sharon juga berjalan dengan lancar. Madam Sharon mahu dia ke rumahnya untuk mendapatkan khidmat professionalnya mengenai barangan-barangan antics yang baru di miliki dan Madam Sharon hendak insurankan barang-barang itu. Dan dia mahu Nik menjadi appraisernya.
"So, you balik office terus lepas ini?," tanya Lia. Dia masih belum puas bersama Nik hari ini. Dia mula merasa seronok bersama Nik.
Dia juga dapat merasakan bahawa Nik kelihatan sedikit rileks hari ini, mungkin kerana dia tidak berkelakuan pelik dan menyusahkan Nik hari ini. Lia mahu terus menjalinkan hubungan dengan lelaki itu. Dia tidak mahu Nik membencinya kerana perangai keanak-anakkannya. Dia merasa selesa dan serasi berkawan dengan Nik.
Nik seorang lelaki yang accommodating. Kenapa dia tidak pernah nampak quality Nik selama dia kenal Nik? Kenapa dia tidak pernah mahu memikat hati Nik sebelum ini? Apa yang dia mahu ciri-ciri lelaki idaman ada pada Nik. Tapi dia tidak sedari quality yang Nik miliki sehinggalah hari ini.
Di sekolah dahulu, apa yang dia tahu, dia mahu membuatkan lelaki itu marah dan benci padanya itu sahaja. Jika hendak di bandingkan Nik dengan Eryan. Nik lebih kacak dan sempurna di matanya. Tapi kenapa dia tidak nampak Nik sebelum ini?
"Why are you staring at me Lia?," ujar Nik bila jawapan yang di berikan kepada Lia. Lia langsung tidak mendengarnya malah wanita itu seakan sedang berkhayal sendiri.
"Kenapa dulu I tak suka pada you Nik?," tanya Lia tiba-tiba. Dia merasa benar-benar hairan dia tidak pernah sukakan Nik sebelum ini.
"You're asking me? How would I know!," jawab Nik dengan wajah selamba lalu berjalan menuju kearah pintu gerbang bangunan.
Dia tidak mengambil serious tentang pertanyaan yang Lia ajukan kepadanya tadi. Bagaimana dia tahu, kenapa Lia tidak sukakannya dahulu. Jawapan itu hanya ada pada diri Lia sendiri bukan darinya. Dia sendiri tidak pernah membenci Lia. Dia hanya tidak suka perangai buruk Lia yang suka menyusahkan hidupnya.
"I really can't see you masa sekolah dulu Nik, I just hate you so much," ujar Lia merasa tidak puashati kerana dia tidak pernah sukakan Nik dahulu. Tapi kenapa? Itu yang membuatkannya merasa pelik.
"It's good to know that you hated me so much!," jawab Nik lalu tersenyum sinis. Dia tidak terasa hati bila Lia mengakui sendiri bahawa Lia benar-benar bencikannya dahulu.
"Nik!!!! You don't understand..I sendiri tak tahu kenapa I bencikan you sangat dulu..it doesn't make sense at all!," ujar Lia lalu berdiri di hadapan lelaki itu tiba-tiba. Lelaki itu berhenti berjalan bila Lia menghalang perjalanannya. Pandangan mata mereka bertaut.
Lia segera melarikan pandangan matanya bila dia terasa malu dan merasa tidak selesa. Kenapa dia merasa tidak selesa? Kenapa jantungnya berdebar-debar bila pandangan mata mereka bertaut?
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...