5 tahun yang lalu
NIK hanya mampu tersenyum melihat keghairahan wajah Fiqa bila dia mengatakan dia akan meluangkan masa 2 hari berturut-turut untuk Fiqa hari ini. Fiqa sudah merancangkan pelbagai aktiviti untuk mereka. Mula-mula mereka pergi ke Singapura, kerana Fiqa mahu ke USS dan hari kedua dia mahu Nik membawanya ke tempat yang dia sukai.
Seminggu sebelum dia pulang ke Malaysia. Fiqa mengatakan dia minta masa 2 hari dari Nik untuk meluangkan masa berkualiti dengannya. Hanya mereka berdua sahaja. Kerana Nik akan kembali ke UK untuk melanjutkan pengajiannya dan dia pula akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Maka dia gunakan masa dengan sebaiknya bersama abang kesayangannya.
Hari pertama, Fiqa mengajak Nik pergi ke day trip ke USS di Singapura. Mereka menaiki roller coaster dan bersiar-siar di Bandar Singapura. Dan hari kedua, Fiqa meminta Nik membawanya memancing kerana mereka sudah lama tidak pergi memancing bersama. Setelah abangnya Nik melajutkan pengajian di UK, tiada siapa yang dapat menemani Fiqa memancing lagi.
Fiqa meminta abangnya Nik untuk menunaikan hajatnya untuk pergi memancing bersama sebelum dia mendirikan rumahtangga. Mungkin ini merupakan kali terakhir dia dapat memancing bersama abang Niknya kerana bakal suaminya tidak minat memancing dan Fiqa mahu memancing sepuas-puasnya dengan abang Niknya.
"Terima kasih abang..sebab tunaikan permintaan Fiqa!," ujar Fiqa lalu memeluk bahu abangnya mesra. Dia merasa gembira sekali bila dia dapat meluangkan masa berkualiti bersama abang Niknya. Kerana selepas berkahwin dia tidak lagi dapat keluar seperti ini kerana setelah bergelar isteri. Fiqa harus menjadi yang ladylike dan menjaga hati suami sepertimana yang abang Niknya pesan padanya selalu.
"Untuk Fiqa apa sahaja!," jawab Nik lalu membuahkan senyuman kepada adik kesayangannya.
Semasa Fiqa memberitahunya bahawa ada lelaki masuk meminangnya. Nik terus menghubunginya ibunya bertanya lelaki mana yang masuk meminang Fiqa. Dia mahu memastikan bahawa lelaki itu baik untuk adiknya atau tidak. Setelah dia bertemu dan kenal pada bakal tunang Fiqa. Dan setelah Nik memberi keizinan baru Fiqa menerima pinangan Shafiq. Nik selalu berpesan kepada Shafiq bahawa Fiqa anak yang manja dan dia perlukan perhatian darinya. Dan Nik memberi amaran kepada Shafiq jangan mempersia-siakan adiknya.
"Abang? Serious tak ada teman wanita? Abang tunggu siapa? Tunggu bidadari dari kayangan?," usik Fiqa lalu menolak bahu Nik perlahan.
Dia tahu Nik tidak punya teman wanita. Dia sendiri tidak tahu kenapa abang Niknya tidak mempunyai teman wanita. Masa di sekolah menengah dahulu ramai pelajar perempuan meminatinya. Namun tiada seorang pun yang Nik layan atau suka. Dia tahu Dania teman sekolah abang Niknya begitu meminatinya, namun dia tidak tahu kenapa abang Niknya hanya menganggap Dania hanya teman biasa.
Tapi dia perasan abang Niknya seakan suka bila dia seringkali bertanyakan padanya tentang Lia. Walaupun, abang Nik tidak pernah menunjukkan bahawa dia suka pada Lia. Tapi abang Niknya masih melayan karenah Lia yang nakal dan perlukan perhatian darinya. Jika abang Niknya tidak suka, mana mungkin abang Niknya menceritakan tentang Lia selalu kepadanya.
"Bidadari kayangan??? Belum bertemu dengan wanita yang sesuai!," jawab Nik lalu tersenyum tanpa menjawab pertanyaan Fiqa bila Fiqa menyentuh hal peribadinya. Nik tidak terfikir langsung untuk mencari teman hidup kerana dia punya tanggungjawab terhadap adiknya dan ibu bapanya. Selagi adiknya belum berkahwin dia tidak akan berkahwin.
"Abang nak membujang sampai ketua ke?? Eii kalau Fiqa tak nak kahwin lelaki tua..walaupun statusnya masih bujang!," jawab Fiqa lalu mencebikkan bibirnya. Dia tahu abang Niknya seorang anak yang bertanggungjawab. Nik sanggup berkorban untuk keluarga terutama sekali untuk dia.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...