Part 91

94 3 0
                                    


HAKIM Azhar menoleh memandang wajah Nik Faisal setelah peguam bagi pihak Plaintif, Imran menyatakan sebab-sebab Plaintif menuntut cerai. Nik sudah tahu dan dokumen itu telah diterima dari pejabat peguam Lia sebulan yang lalu. Lia meminta dia menceraikannya di atas sebab mereka tidak sefahaman dan tidak sehaluan lagi.


Sebelum dia ke mahkamah awal tadi. Dia telah menerima pangilan telefon dari peguam Lia dan oleh kerana Nik tidak diwakili peguam maka peguam Lia menghubungi Nik secara langsung. Peguam Lia memberitahu Nik, bahawa Lia tidak mahu perbicaraan penceraian mereka di tangguhkan lagi.


Dan jika Nik tidak bersetuju dengan perkara yang di bentangkan dalam borang pemohonan atau tidak bersetuju dengan pemohonan Lia, mereka harus bincangkan perkara ini sebelum mereka hadir perbicaraan agar proses penceraian mereka berjalan dengan lancar. Jika masih tidak mendapat persetujuan kedua-dua pihak mereka terpaksa menangguh dan Hakim akan meminta kedua-dua pihak untuk menghadiri kaunseling dan menurut peguam Imran, Lia tidak mahu perkara itu berlaku kerana dia telah tawar hati untuk mempertahankan perkahwinannya lagi.


Dia mahu kesnya selesai hari ini juga. Itu pesanan Lia pada peguamnya. Nik terkedu mendengar pesanan peguam Lia. Lia benar-benar mahu dirinya dibebaskan. Walaupun dia bisa sahaja menolak pemohonan Lia kerana dia tidak bersetuju dengan perpisahan ini. Namun demi untuk kebahagiaan Lia dia sanggup mengorbankan kebahagiaannya. Dia tahu Lia tidak bahagia hidup dengannya jika dia tidak menunaikan apa yang Lia pinta. Iaitu bebas dari ikatan perkahwinan. Jika itu permintaan Lia walaupun ianya teramat berat namun demi kebahagiaan Lia dia akan tunaikan.


"Encik Nik Faisal. Ada apa-apa yang awak hendak kemukakan kepada mahkamah atas tuntutan Puan Natalia?," tanya Hakim Azhar bila pihak di tuntut tidak berkata apa sebaik sahaja peguam pihak penuntut menyatakan sebab-sebab anak guamnya menuntut cerai bila dia di beri peluang untuk membangkang.


"Tiada apa-apa yang ingin saya kemukakan di sini Tuan Hakim," jawab Nik dengan nada suara lemah lalu memandang kearah Natalia. Natalia tidak memandang ke arahnya.


"Baiklah jika kedua belah pihak sudah bersetuju dan faham dengan prosedur penceraian, sebelum Encik Nik Faisal menjatuhkan talaq ingin saya ingatkan di sini lagi, bahawa perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah S.W.T. dan tidak boleh dipandang ringan," ujar Hakim Azhar lalu menulis sesuatu di fail kes mereka.


Lia hanya duduk diam mendengar penerangan Hakim Azhar. Hatinya mula berdebar hebat. Namun dia tidak mengerti mengapa hatinya resah dan gusar tiba-tiba. Bukankah dia sudah bersedia.


"Saya Nik Faisal Farhan dengan ini membebaskan isteri saya Natalia Dato Norman dengan talak satu," ujar Nik dengan perasaan sayu dan rasa berat hati.


Air mata Lia menitis perlahan sebaik sahaja Nik menjatuhkan talaq ke atas dirinya. Hatinya tiba-tiba merasa sayu teramat sangat. Dia tidak mengerti mengapa dia berperasaan sedemikian sedangkan dia sudah bersedia dengan perpisahan ini. Tapi mengapa hatinya seperti luruh sebaik sahaja Nik melafazkan cerai padanya. Seluruh anggota badannya tiba-tiba menjadi lemah dan tidak bermaya seolah-olah dia tidak merelakan perpisahan ini walhal perpisahan yang dia mahukan dari Nik. Agar dia dapat hidup bebas tanpa ikatan perkahwinan.


3 minggu kemudian


Jodoh Pasti Bertemu (Completed)Where stories live. Discover now