NIK di sambut mesra oleh Maria pembantu rumah Pak Usunya. Nik mengikut pembantu rumah pak usunya Maria ke dapur menemaninya menyediakan minuman kepadanya, sementara menunggu Pak Usunya keluar dari bilik.
Maria banyak bertanya tentang dirinya. Maria senang dan suka pada Nik kerana Nik seorang anak muda yang baik. Dia masih ingat lagi pertemuannya dengan Nik dahulu. Nik yang menghantar anak saudara tuannya pulang ke rumah.
Dia juga dapat merasakan bahawa Nik akan menjadi suami anak saudara tuannya bila melihat keserasian mereka berdua. Dan dialah orang yang pertama mengucapkan tahniah kepada Lia, bila Lia mengatakan dia telah jatuh cinta pada Nik dahulu. Maria rapat dengan Lia semasa Lia tinggal bersama dengan pakciknya dahulu. Lia selalu menceritakan kepadanya tentang Nik dari mereka bersekolah sehinggalah sekarang. Maria mengatakan Lia bertuah mendapat suami seperti Nik.
Maria turut berduka cita dan bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga tuannya terutama sekali Nik.
"So che venite oggi torta di pecan così ho fatto per te!," (I knew you were coming today so I made pecan pie for you!) ujar Maria dengan wajah ceria. Dia di beritahu tuannya semalam bahawa Nik akan datang kemari. Awal pagi lagi dia sudah membuat pie untuk Nik.
"Grazie Maria!," (Thanks, Maria!) jawab Nik lalu duduk di sofa.
Maria meletak teh yang di sediakan berserta pie di atas meja. Dia beredar menuju ke arah dapur semula. Tinggalah Nik duduk sendirian di ruang tamu menunggu pak usunya.
"Assalamualaikum Nik!," ujar Firdaus.
"Waalaikumsalam!," jawab Nik lalu menoleh kearah tangga. Dia bangkit dari kerusi lalu bersalaman dengan pak usunya. Firdaus memeluk Nik erat kerana rindu padanya. Lama dia tidak bertemu dengan Nik.
Dia bertemu dengan Nik setahun yang lalu ketika Nik berada di Rome. Dia jarang pulang ke Malaysia. Nik tetap anak saudaranya walaupun Lia tiada lagi, mereka masih berhubung rapat.
Hubungan Nik dengan kakaknya masih seperti dahulu. Nik rajin ke rumah kakaknya bila dia berpeluang berbuat demikian dan kakaknya menganggap Nik seperti anaknya sendiri. Malah kakaknya menasihati Nik supaya bernikah lagi dan jangan bersendirian terlalu lama. Dia tahu Nik masih cinta dan sayangkan anaknya namun Nik harus sedar Lia tidak akan kembali lagi.
"How are you Pak Usu? Good?," ujar Nik sebaik sahaja pelukan mereka lerai.
"Alhamdullilah! I'm good! And you Nik? You look so much better now! Hubungan you dengan Dania macamana?," tanya Firdaus lalu duduk di sofa. Dia tahu Nik mempunyai teman baru Dania. Kakaknya akan memberinya berita dan memberitahunya tentang perkembangan Nik dari masa ke semasa.
Dia merasa bersyukur mendengar berita baik dari kakaknya. Mereka semua risaukan Nik. Nik tidak dapat menerima kematian Lia dengan baik 3 tahun yang lalu. Nik mengalami kemurungan yang agak teruk, personality Nik turut berubah. Nik menjadi seorang lelaki yang pendiam dan suka menyendiri.
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...