Lia memandang wajah ahli keluarganya satu persatu. Dia tidak tidur semalaman hanya kerana dia benar-benar ingin mengetahui apa yang telah berlaku pada dirinya 4 tahun yang lalu. Lia meminta Nik memberinya gambar kenangan atau diary Nik sepanjang 4 tahun yang boleh dia baca.
Mujur Nik seorang lelaki yang rajin menulis journal. Salah satu hobi Nik yang membuatkan Lia kagum lelaki itu 'old school'. Masih menulis di journal walaupun teknologi sudah semakin canggih. Di dalam Journal Nik sepanjang 4 tahun lalu membuatkan mata Lia sembab dan bengkak kerana terlalu banyak menangis bila membacanya, kerana apa yang terdapat di dalam Journal Nik adalah luahan hati Nik sendiri.
Dan Lia tidak dapat menahan air matanya dari berjuraian laju setiap kali membacanya. Seperti Novel sedih tapi ianya adalah luahan hati Nik. Nik tidak pernah berputus asa mempertahankan cinta mereka, malah Nik sanggup korbankan kebahagiaannya sendiri demi kebahagiaan orang lain. Nik seorang lelaki yang begitu tabah menghadapi dugaan. Disebalik wajah tenang Nik terdapat pelbagai peristiwa duka yang dia lalui.
Seperti tahu dirinya di perhatikan Nik menoleh memandang ke arah Lia.
"Are you ok sayang?," tegur Nik dengan wajah bimbang bila di lihat Lia memandang wajahnya sedari tadi seperti berfikir sesuatu. Dia tidak mahu Lia merasa tertekan dengan keadaannya.
"I love you," jawab Lia dengan perasaan sebak lalu tersenyum. Dia mencapai tangan Nik lalu di gengam perlahan. Tiada perkataan yang dapat dia luahkan pada Nik selain dari 'I love you' kerana itulah perasaannya pada Nik ketika ini. Nik lelaki istimewa buat dirinya.
"I love you too, sayang!," jawab Nik membalas ucapan Lia sambil tersenyum.
Lia menoleh memandang wajah-wajah keluarga yang tidak asing pada pandangan matanya. Ibunya, Ibu dan ayah mertuanya dan juga Pak Usu Firdaus. Mereka semua memandang ke arahnya dengan wajah risau. Mereka menerima berita dari Nik tentang keadaan Lia. Ingatan Lia sudah kembali pulih kerana Lia dapat mengingati semula.
Apa yang membimbangkan mereka tentang memori Lia yang terakhir semasa dia di Bali. Lia tidak ingat. Lia bermain-main dengan cincin perkahwinan yang tersarung di jari manisnya. Nik memberinya cincin kembali dan Lia terus menyarungkannya kerana merasa rindu pada cincin itu. Lia sangka dia tidak akan bertemu dengan cincin itu lagi setelah usaha dia untuk mendapatkan cincin itu dari budak perempuan yang di beri jaketnya itu tidak berhasil kerana kejadian letupan di Santa Lucia.
Ya, Nik telah menceritakan kepadanya tentang kejadian 4 tahun yang lalu. Dia terpisah dari Nik dan hilang ingatan. Mereka bertemu semula setelah hampir 2 tahun terpisah. Nik hanya dapat menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku selepas mereka terpisah. Nik masih belum menceritakan kepadanya apa yang telah berlaku setahun yang lalu setelah mereka bertemu semula. Lia mahu memproses semula apa yang telah Nik dan ahli keluarganya menceritakan kepadanya.
Jadi apa yang Lia sangkakan mimpi adalah perkara yang benar-benar berlaku ke atas dirinya. Lia tidak pernah memberitahu Nik tentang mimpinya kerana Lia sendiri tidak pasti samada itu adalah benar-benar memorinya setahun yang lalu atau dia bermimpi.
Lia tidak berkata apa-apa sebaik sahaja mereka tiba kerana fikirannya sarat dengan pelbagai soalan. Bagaimana dia boleh hilang ingatan selama hampir 3 tahun dan bertemu semula dengan Nik. Dan menurut Nik, dia tinggal di rumah keluarga angkatnya di Rome juga doctor yang merawatnya semasa dia hilang ingatan dahulu. Lia seperti tidak percaya mendengar cerita-cerita itu dari Nik. Serasa Lia ianya seakan cerita rekaan mahupun cerita dongeng?
YOU ARE READING
Jodoh Pasti Bertemu (Completed)
RomanceSejak remaja Natalia sering mencari masalah di sekolah. Dia dan teman rapatnya Yana sering di denda oleh ketua pengawas sekolah mereka Nik Faisal. Tujuan Natalia berbuat begitu kerana dia tidak sukakan Nik Faisal yang uptight dan tidak fun. 10 tahun...