Prolog

2.6K 140 4
                                    

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

1985

Nyanyian-nyanyian daripada kicauan burung serta serangga-serangga kecil yang berhabitat di situ menghiasi suasana di dalam hutan tersebut.

Sungai yang mengalir tenang juga merupakan faktor pemilihan bagi sepasang keluarga untuk mereka berkelah di situ. 

"Ibu... nak pergi situuu!" Anak lelaki dalam lingkungan berumur enam tahun menyoal sambil menunjukkan ke tempat yang dia ingin pergi dengan jari telunjuk kecilnya itu.

"Jangan pergi jauh sangat." Pesan ibunya.

Si anak mengangguk. Dia segera berlari menuju ke arah pokok bunga semalu yang menarik perhatiannya.

Laju sahaja tangannya menyentuh daun-daun pokok semalu itu. Dia  ketawa setelah melihat daun tersebut menguncup untuk melindungi diri.

Ketawa comelnya itu kuat sehingga mengundang senyuman di bibir ibu bapanya.

Lalu, dia dapat rasakan ada sesuatu di sebalik semak.

Si anak terus memandang ke hadapan. Rimbunan semak itu yang menarik perhatiannya.

Keinginan untuk mengetahui apa disebalik semak itu membuak-buak.

Laju sahaja dia menolak daun-daun untuk melihat apa yang berada di dalam.

Untuk beberapa ketika, dia terpegun.

"Cantiknya.." terlepas mulutnya memuji sekuntum bunga berwarna biru yang besar di situ.

Kemudian, barulah dia tersedar, di sebelah bunga itu terdapat seorang kanak-kanak perempuan sedang berdiri sambil memandangnya.

Wajahnya beku tidak memberi sebarang reaksi.

Anak lelaki itu mengerutkan dahinya.

Budak perempuan itu dipandang lama.

"Er...Hai.." suara comel itu menegur sambil melambai kecil.

Tiada balasan.

Anak lelaki itu mencemberutkan bibirnya.

Tiba-tiba dia dapat rasakan sentuhan di tangan kirinya, kepalanya menoleh dan mendongak. Ibunya sedang tersenyum ke arahnya.

"Khalid. Jom makan." ajak ibunya.

Dia mengangguk tanpa banyak bunyi dan terus mengikuti ibunya ke tempat berkelah mereka.

Khalid memusingkan badannya ke belakang bagi melihat semula budak perempuan yang dia jumpa tadi.

Malangnya, dia sudah tidak ada di situ.

Fikiran Khalid masih lagi memikirkan tentang budak perempuan itu tetapi laju sahaja fikirannya terganggu setelah ayah Khalid mengajak dia untuk bermandi di dalam sungai.

Budak perempuan itu memandang sahaja daripada jauh. Melihat kegembiraan keluarga itu membuatkan dia mengorak langkah untuk berlalu meninggalkan kawasan tersebut.

~ Segalanya bermula di sini. ~


GENIAL : BEAST HUNTER ✔Where stories live. Discover now