↤ NAUFAL ADRI ↦
"Oi!"
Anak siapa pula panggil orang macam tak ada nama. Bila aku menoleh ke depan kelas barulah aku tahu. Rasanya aku tak payah pandang pun dah tahu. Siapa lagi kalau bukan adik bertuah si Dylan tu. Mentang mentang aku berkawan dengan abang dia, panggil macam aku ni geng dia aje.
"Aku ada nama" ujarku. Tubuh aku pusingkan kembali pada loker.
Menyesal pula aku toleh tadi. Sepatutnya aku buat pekak aje tadi. Nak melayan anak dari syurga ni lagi. Nasib baik dia datang seorang. Kalau bawa geng dia lagi dua orang tu apa aku nak buat?
"Tahulah kau ada nama. Aku nak tanya sikit ni" balas Yana.
Aku dengar kerusi ditarik. Maknanya budak kecil ni buat kelas aku ni macam kelas sendiri. Aku biarkan. Takkan aku nak halau pula. Sekarang pun dah masuk waktu rehat. Kejap lagi hilanglah Yana ni.
"Tanya apa?" layan jugalah. Kalau aku senyap nanti dikatakan kurang ajar pula.
"Weekend ni kau keluar dengan Dylan ke?"
"Tak. Kenapa?"
Aku tutup loker dan kunci. Aku simpan kunci dalam poket. Kemudian aku pusingkan tubuh menghadap Yana. Aku tengok reaksi wajah Yana berubah.
"Dylan ada girlfriend ke?" Yana tanya lagi.
Aku angkat bahu.
Ada. Dylan ada girlfriend. Budak sama kelas dengan kau. Nama dia Fira.
Nak aje aku cakap macam tu pada Yana tapi aku masih ingat blood brotherhood antara aku dengan Dylan. Takkan semudah tu aku nak pecahkan rahsia kawan sendiri. Aku tahu aje Dylan nak keluar dating hujung minggu ni. Dah nama lelaki takkan senang senang nak spill the tea dekat perempuan. Kata orang, men business.
"Pagi tadi dia cakap dah janji dengan kau nak keluar weekend ni. Lepastu kau cakap tak ada. Habistu Dylan keluar dengan siapa?" Yana masih tak mahu mengalah.
"Manalah aku tahu. Dengan Ezril la kot. Tanya aku buat apa?" balasku.
Dalam hati dah menyumpah seranah Dylan. Sesuka hati dia main petik nama aku. Cubalah petik nama orang lain. Ingat aku rajin ke nak layan adik dia yang tak cukup sel otak ni.
Bila dengar nama Ezril terus Yana pandang kelas. Kebetulan si Ezril tu baru masuk dalam kelas dengan Sabrina. Buruk masa depan kau Ezril. Kenapalah kau muncul time time macam ni? Pergilah kau keluar dengan Sab tu.
"Ezril!" Yana bangun.
Kau tengok tu. Aku tak tahu nak cakap apa kalau kantoi aku menipu.
Yana pusing pandang Ezril. Lelaki itu dah kaku di mejanya. Begitu juga dengan Sabrina. Tapi tak ada yang pelik bila nampak budak bertuah ni main dalam kelas ni.
"Dylan janji nak keluar dengan kau ke weekend ni?" Yana tanya Ezril.
Disebabkan kedudukan aku di belakang Yana jadinya aku buat muka dan buat isyarat suruh Ezril mengaku. Kelip kelip mata Ezril pandang aku dan Yana bersilih ganti.
"Haah. Kenapa?"
Terlepas satu nafas kelegaan bila Ezril faham isyarat aku. Buatnya tiba tiba Ezril geleng tadi. Aku nak cakap apa? Nasiblah kau Dhy. Ada adik pun dah gaya girlfriend sendiri. Possessive!
Kali ni terlepaslah bala Dhy. Di masa depan, aku tak tahulah boleh tolong ke tak. Pandai pandai lah kau Dhy. Kau galilah kubur sendiri. Kawan tak kawan. Kalau dah budak ni mengamuk, tak mahu aku nak melayan. Awal awal aku dah angkat kaki. Kau settle sendiri. Ikut kaulah nak buka table ke apa. Terpulang nak buat apa dekat meja tu. Nak minum kopi sambil bincang atau kau nak bergusti lengan si Yana ni.
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romansa[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...