81

431 18 0
                                    

♔ NAUFAL ADRI ♔

Tak tahu nak bagi reaksi apa. Aku betul betul terpempan. Sampai otak sendiri tak mampu nak beri apa apa maklumat untuk aku beri reaksi. Sumpah aku terkejut sangat.

Apa tak salah aku dengar tadi?

Nuha mengandung?

Agaknya Nuha nampak aku masih kurang yakin dengan kenyataan itu. Dia undur setapak dua ke belakang. Kemudian dia menarik hujung gaunnya di kiri dan kanan. Supaya ia melekat di badan. Menunjukkan perutnya yang sudah kelihatan.

Kecil tapi dah nampak jelas. Jadinya ini makna yang aku cakap pinggang dia ada lebihan? Aku cakap pipinya semakin tembam dan gebu. Rupanya dia tengah bawa anak aku dalam rahimnya!

Ya Allah! Sumpah aku rasa nak sujud syukur sekarang ni. Aku rasa bersyukur sangat sangat.

Aku rasa..... macam nak menangis!

"Really baby?" Aku masih tak percaya.

Sungguh kejutan Nuha kali ni betul betul buat aku terkejut. Dua kali aku terkejut malam ni. Mula mula kejutan yang dia sudah bertudung. Lepastu kejutan yang dia tengah mengandung.

Moga moga Allah murahkan rezeki dan permudahkan urusan untuk aku jaga anak aku nanti.

Selama ni aku hafal dan kira tarikh datang bulan Nuha. Lagipun Nuha tak ada masalah irregular period. Di hari yang aku jangka dia datang bulan, dia betul betul datang bulan. Dari mula kami jadi suami isteri sampai hari ni.

Sebab tu ada masa yang aku jangka dia datang bulan, aku tak sentuh dia. Jadi punca aku tak tanya tentang itu. Mulanya aku pelik kenapa dia tak pernah miss ikut aku berjemaah.

Bila aku fikir balik, aku ada dengar Nuha mengadu dia stress sedikit. Itu yang buat aku fikir mungkin period dia datang agak lewat.

Ada juga period datang lewat sebab tertekan. Rupa rupanya... Dia mengandung!

Ya Allah! Betul ke ni? Betul ke aku nak jadi seorang ayah?

"Actually Nuha pun baru tahu dalam dua tiga minggu lepas. Sebab Adri cakap pasal anak haritu. Baru Nuha teringat yang Nuha dah lama tak period. So, Nuha keluar pergi klinik. Nak tengok betul ke tak. And, doktor tu kata Nuha dah pregnant 21 minggu" kata Nuha.

Dah 21 minggu?

Itu cerita dah dua tiga minggu lepas. Hari ni mesti dah bertambah. Agaknya dalam 23 atau 24 minggu. Dah berapa bulan ya? Lima bulan? Enam bulan?

Mungkin sebab ini anak pertama dan Nuha badannya kecil membuatkan perutnya tak kelihatan. Aku yang jadi laki dia pun tak perasan. Padahal malam malam aku peluk dia waktu tidur.

Ini ke hint yang Nuha bagi? Cuma aku ni sebenak alam yang tak perasan.

"Ingatkan Nuha panggil daddy, sayang perasan. Rupanya tak perasan" Nuha mencemik.

Nak buat macam mana? Benda ni bukan boleh jangka. Aku pun tak tahu rezeki nak datang secepat ini.

Tak terfikir pun Nuha panggil aku macam tu sebenarnya ada makna. Aku ingatkan dia cuma nak bergurau dengan aku. Tapi aku tak puas hati juga kenapa dia panggil aku daddy sedangkan banyak lagi panggilan lain. Tak sesuai langsung. 

"Kesian kitakan? Daddy tak layan pun ada awak dalam perut mama. Jomlah kita merajuk dengan daddy" Nuha bercakap cakap sambil mengusap perutnya.

"Baby... Manalah Ri tahu. Sorry"

"Hmm... Kita nak buat apa dengan daddy ya? Apa? Suruh daddy tidur luar?"

HIS OBSESSION: NUHAWhere stories live. Discover now