❀ ARZALNA NUHA ❀
Tipu kalau cakap aku dengan Adri tak kena marah. Panas muka aku bila pelajar dari sekolah lain nampak aku dan Adri kena bebel dengan Teacher Syu. Ada yang ketawa pula tu. Seronok agaknya tengok kami buat drama swasta.
"Nama aje dah besar tapi bergaduh macam budak budak. Awak pun satu Adri. Sedar tak kamu tu paling tua? Nak bergaduh macam budak tak cukup umur kenapa?" Bebel Teacher Syu.
"Sorry teacher" Adri meminta maaf.
Kawan tu dah tertunduk minta maaf. Aku nampak telinga Adri memerah tapi mukanya maintain selamba. Begini rupanya kalau Adri malu. Comel juga.
"Awak senyum senyum tengok Adri dah kenapa? Jangan kata awak berdua ni couple" Teacher Syu tegur aku.
Aku senyum?
Laju aku tundukkan kepala semula. Dalam hati dah mengutuk diri sendiri. Mata tu gatal nak tengok mamat sebelah ni. Sekarang ni kau tanggunglah. Jangan Adri perasan aku syok dekat dia dahlah.
"Lepas ni saya nak awak berdua tolerate each other. Jangan bergaduh macam tadi. Malu nama sekolah kita. Muka saya dengan Sir Liam ni nak letak dekat mana? Dan awak Adri. Jangan cari gaduh dengan sesiapa pun. Tiap tahun awak buat hal. Sekolah lain bercakap tentang kita tahu tak?"
"Okay teacher" balas Adri ringkas.
Takkanlah Adri seorang nak minta maaf. Tadi aku juga yang gaduh dengan dia.
"Saya minta maaf teacher. Saya janji tak buat lagi" kataku.
Teacher Syu hela nafas berat. Kesian pun ada. Mesti stress nak urus anak murid dia yang susah dengar cakap. Lagi lagi yang macam Adri ni. Bukan aku. Aku ni pelajar yang baik dan mendengar kata.
"Good. Pergi ambil barang awak berdua. Ambil kunci di depan. Lepastu naik bilik"
Angguk.
Kemudian aku terus keluar ikut langkah Adri ke kereta Teacher Syu. Ambil beg dan ke meja di depan dewan untuk ambil kunci.
Geram hati aku tengok urusetia tu senyum pandang aku dengan Adri. Dia saksi aku bertikam lidah dan dia saksi aku dengan Adri kena marah. Aku haraplah esok tak nampak muka dia. Malu weh!
"Nama?" Urusetia wanita itu dongak pandang kami. Kemudian tunduk pandang kertas di tangan.
"Arzalna Nuha"
"Naufal Adri"
Aku pandang Adri dan Adri pandang aku. Ini kebetulan atau takdir? Kalau kebetulan, aku boleh terima. Kalau takdir, nyah kau jauh jauh dari aku. Aku bangkang habis habisan.
Yang jaga meja ni empat orang. Aku yakin yang lain pun dengar kami sebut nama serentak tadi sebab mereka dah tahan senyuman dari terkoyak lebih lebar.
"Sekejap ya. Siapa tadi? Arzalna Nuha ya?" Dia pandang aku.
Aku angguk.
"Arzalna Nuha binti Muhammad Qhuzair? Dari ..xx..?
Angguk lagi.
Kemudian urusetia itu ambil satu kunci dari dalam bekas yang ada di atas meja sebelum diserahkan padaku. Baru aku nak bergerak pergi, Adri terlebih dahulu tahan dan tarik tangan aku.
"Tunggu" katanya.
Aku mendengus. Nak ambil kunci pun nak kena teman. Sah anak manja. Ini mesti anak bongsu.
Sebab dia tak lepas pegang tangan aku kenalah aku tunggu dia. Memang aku tak pandang urusetia lain yang dah senyum senyum.
Dah dapat kunci barulah kami meninggalkan dewan. Pelajar dah tak ramai sebab semua dah bergerak ke bilik. Kena bebel tadi boleh tahan lama jugalah sampai dewan ni lengang.
![](https://img.wattpad.com/cover/276879544-288-k884546.jpg)
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...