♕ ARZALNA NUHA ♕
Razman dah ke France untuk memulakan urusan pindah ke Malaysia. Dah seminggu lalu. Aku pun dah teruja untuk tinggal dengan Evelyn. Hanya beberapa kali dapat bersua muka. Terpisah kerana jarak dan waktu.
Evelyn cantik. Sangat cantik. Matanya kelabu. Rambutnya brunette. Keturunan dari atuknya. Lelaki Eropah.
Atuk Evelyn berkahwin dengan orang Melayu. Tak tahu bagaimana mereka berjumpa dan menjalin kasih. Dikurniakan tiga orang anak. Aku tak pernah jumpa adik beradik ibu kepada Evelyn. Aku dengar mereka berkahwin dengan orang Eropah juga. Berbanding ibu kepada Evelyn yang bernikah dengan orang Melayu kacukan Eropah.
Evelyn tak pernah jejak tanah Malaysia. Dia cuma reti cakap Melayu. Jadinya wanita itu mungkin turut teruja bila dengar dia akan pindah di sini. Di mana darah Melayu boleh mengalir dalam dirinya.
Sebab Razman dah ke France, aku duduk dengan Adri. Manalah Adri nak biar aku duduk sendiri macam dulu. Waktu aku jadi girlfriend dia pun acap kali dia datang melawat. Selalu mesej. Selalu call. Nak memastikan aku dalam keadaan selamat.
Fun fact, mak mertua baru aku tu dah pindah ke sini. Tinggal dengan kami.
Adri apa lagi. Makin jaranglah dia melekat di rumah. Katanya banyak kerja. Dan ya, Adri tak tipu. Memang dia tengah uruskan banyak benda. Sekarang ni Adri dah tak sembunyikan apa apa dari aku. Semua dia share walau bukan semuanya.
Macam perangai dia yang suka tinggal telefon merata. Boleh aje aku ambil dan periksa telefonnya. Tapi aku tak mahu. Adri tu suami. Aku tak patut buat macam tu.
Aku percaya dia sebab aku tak rasa Adri pandai nak curang. Adri orangnya jujur. Tak ada bakat nak menipu. Macam mana pun dia sorok pun mesti kantoi.
Hal aku pernah merajuk dengan dia tempoh hari. Aku tanya Ezril dan lelaki itu mengaku yang Adri singgah sekejap di rumahnya sebelum keluar semula. Baru baru ini aku dapat tahu di malam yang sama, Adri jumpa dengan seorang lelaki Jepun.
Entahlah. Nak cakap Jepun bukan macam Jepun. Tapi dia cakap ada slanga Jepun. Muka tak macam Jepun. Mungkin dia ada kacuk mana mana.
Sebab kadang kadang mulut aku derhaka dengan tuan. Terlepas cakap depan tuan punya badan. Jadinya mamat Jepun tu memperkenalkan dirinya.
Namanya Raizo. Raizo Hann Bardot. Ibunya kacukan Melayu dan Jepun manakala ayahnya orang Rusia. Hanya tua dua tahun dari Adri. Hairan bila Raizo adalah seorang pelajar di sini. Dalam jurusan programming. Ada kekasih bernama Thea. Umurnya sebaya dengan Adri.
Hari ni cuti tapi Adri keluar. Nak jumpa dengan si Jepun itulah. Aku tak tahu apa urusannya dan aku tak nak ambil tahu. Aku tak suka campur tangan dalam men business.
Panjang umur. Murah rezeki.
Baru sebut nama terus balik. Elok Adri masuk dalam bilik dengan baju yang basah dengan peluh.
"Baby girl" gemersik suaranya menampar gegendang telinga.
Pipiku diapit dengan dua tangannya sebelum bibirnya dilabuhkan di dahi. Di pipi kiri. Di pipi kanan dan berakhir di bibirku. Hanya sekilas.
"Adri pergi mana?" Soalku sambil dongak pandang Adri.
"Gym. Dengan Raizo"
Aku angguk.
Suami aku dah bau peluh macam ni takkan aku tak percaya. Lagipun tadi Adri dah bagi bukti. Hanya mereka berdua. Tiada Thea.
Sejak kawan dengan si Jepun tu, badan laki aku makin lawa. Makin rajin dia tayang tayang depan aku. Sengaja nak aku peluk ke macam mana?

ANDA SEDANG MEMBACA
HIS OBSESSION: NUHA
Romantika[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...