♔ NAUFAL ADRI ♔
Cantiknya tempat ni. Macam taman tapi bukan taman. Rumput menghijau sewarna. Bukan hanya di sini malah sampai entah ke mana. Tak terjangkau dengan mata.
Bukit bukit di sekeliling juga menghijau. Nampak tenang. Lagi lagi dengan angin lembut bertiup perlahan.
Kepala aku dongakkan ke atas. Tak ada awan di langit. Matahari terpacak atas kepala macam tengah hari celik tapi tak panas. Aku rasa sejuk.
Pelik. Seekor burung pun tak ada. Tempat apa ni? Cantik tapi tak ada haiwan walaupun seekor.
Aku tundukkan semula kepala. Pandang tubuh sendiri. Baru perasan yang aku berpakaian putih dari atas sampai bawah. Entah bila aku ganti baju pun aku tak tahu. Mata turun lagi ke kaki. Tak berkasut.
Terasa rumput di kaki. Lembut dan empuk.
Hidung terhidu bau wangi. Automatik kepala aku tegak. Memandang ke sekeliling. Tiba tiba ada pokok kecil berbunga bermacam warna tumbuh. Di tengah tengah ada tasik. Jernih betul airnya. Kalau dijenguk mungkin boleh nampak terus hingga ke dasar. Cahaya terang terbias terang dari permukaan air.
Entah bila sekeliling aku banyak pokok besar dan rendang. Setiap pokok berbuah lebat. Tapi agak tinggi. Tentunya tak terjangkau tangan aku.
Tempat tadinya lapang dan luas sekarang ni dah berubah seratus lapan puluh darjah. Jadi satu tempat yang cantik dan indah juga menenangkan.
Sayup sayup terdengar suara kanak kanak ketawa keriangan. Aku mula mencari ke setiap sudut. Makin aku cari, makin kuat suara itu. Macam bergema di dalam kepala.
Tadinya kaki menapak perlahan. Sekarang sudah laju berlari ke celah celah pokok. Nak cari dari mana datang punca suara itu.
Akhirnya aku kelelahan. Letih. Penat. Aku berhenti seketika menarik nafas.
Tertunduk badan aku. Dua dua tangan melekap di lutut. Mulut separa terbuka menggali nafas yang sudah hilang. Tak cukup udara yang keluar masuk dari hidung.
"Daddy!"
Aku tersentap. Daddy?
Tubuh aku tegakkan. Mataku meluas. Rasa macam tak percaya.
Satu tubuh kanak kanak lelaki kecil berlari ke arah aku. Saat sudah hampir, dia memeluk paha kanan aku dengan erat. Macam tak nak lepas.
Aku kaku tak bergerak. Dalam kepala tak tahu nak bagi reaksi apa. Sudahnya aku cuma pandang kanak kanak itu memeluk paha tanpa suara.
Lebatnya rambut budak ni. Lurus dan ikal. Cantik berwarna coklat. Sebiji macam rambut aku. Agak panjang sehingga menutupi bahagian atas telinga. Hujungnya sedikit tersimpul. Di bahagian belakang kepala, rambutnya hampir menutupi leher.
Tingginya tak sampai pinggang aku. Sebab itu dia peluk paha aku.
Berapa umur budak ni? Tiga tahun? Empat tahun? Macam kecil aje. Tapi kakinya kuat berlari. Mungkin suara ketawa yang aku dengar tadi adalah suaranya. Pandainya dia main sendiri.
Sudahlah mulutnya petah. Panggil aku daddy. Aku bukan daddy dia. Anak siapa ni?
"Khuz.... mama cari ni"
Zup!
Untuk seketika, terasa jantung aku berhenti berdetak. Suara itu!
"Mana anak mama ni? Khuzair Al-Qadr?"
Khuzair Al-Qadr.
Kanak kanak tadi ketawa lagi sebelum melepaskan paha aku dan berlari ke celah pokok. Kemudian, dia hilang dari pandangan. Betullah yang tadi adalah suaranya. Bunyinya indah.
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...