✻ARZALNA NUHA✻
"Morning"
Aku dah agak ada orang di kelas. Sekarang ni gadis India yang sekelas dengan aku tengah menyapu lantai. Dengan ramah gadis itu balas sapaan aku. Lagi dua orang tengah susun meja. Mereka pun balas sapaan aku. Tak ramai. Boleh dikatakan aku datang ni agak awal.
Mata menangkap beg hitam di atas meja Adri. Kalau tak salah itu beg Adri. Semalam aku nampak Adri bawa beg itu di jam pulang ke rumah. Orang lain berpusu pusu menuju ke pintu gerbang utama, dia sibuk nak ke belakang. Ikutkan hati, semalam aku nak ikut Adri tapi teringat masing masing dah tunggu aku. Jadinya aku batalkan niat aku.
Aku letak beg atas kerusi. Kemudian aku terus keluar kelas. Aku jalan ke belakang. Adri dah tunjukkan aku jalan semalam. Aku masih ingat. Memori itu masih segar dalam kepala.
Tekaan aku betul. Aku nampak ada figura duduk menyandar di dinding sambil pegang kucing. Laju aku mendekatinya.
"Hai" aku tegur Adri.
Adri dongak pandang aku. Sebelah kening Adri angkat. Kemudian aku sengaja menggayakan diri depan Adri. Aku koyakkan senyuman lebar lebar.
"Aku cantik tak?" aku tanya dia.
"Pendek"
Mati terus senyuman aku. Untuk makluman, aku sedia tahu yang aku ni rendah tapi tak perlu nak bagi setepek depan muka aku. Kalau aku keluar jalan jalan dekat luar, orang akan ingat aku ni budak darjah 6. Padahal aku dah 16 tahun.
"Boleh aku tanya sikit?"
Dah kenapa nak minta kebenaran pula ni? Adri memang macam ni ke? Sebelum tanya, minta izin dulu. Takut aku bagi penampar ke?
"Tanyalah"
"You've menstruate isn't?"
Kelip kelip aku pandang dia. Kemudian aku terus duduk depan Adri. Dah nampak satu soalan pelik dia keluar. Baik aku duduk dulu daripada kaki aku ni singgah dekat muka orang. Tapi aku jawab juga soalannya dengan anggukan.
"You know that girls go through a time of rapid growth before their first period. So, by age 15 girls are near to their adult height"
"Maksud kau?"
"Kau faham faham sendirilah"
Adri ni pagi pagi dah suruh aku berfikir. Ingat aku ni bangun tidur aje terus sel otak ni berfungsi seratus peratus ke? Selama beberapa minit aku cuba hadam maksud ayat Adri.
"Kau nak cakap aku takkan tinggi lagi ke macam mana?" aku tanya Adri balik. Minta kepastian.
"Faham pun"
Betullah Adri tengah mengejek aku. Wah mamat ni! Height shamming pun guna fakta. Ini betul betul next level. Nampak halus ayat tu tapi bila aku faham maknanya memang terkesan dalam hati. Sekarang ni aku menyesal kenapa aku duduk. Patutnya aku berdiri je tadi. Sekurang kurangnya aku boleh lepaskan geram dekat patella dia tu!
Baru plan hari ni nak happy happy aje. Adri pula potong mood aku.
Sekarang ni aku isytiharkan Adri ni seorang pembunuh. Sebab Adri dah bunuh mood aku. Tak tahulah siapa yang jadi mangsa marah aku nanti.
"Sampai hati cakap aku macam tu" aku cuba minta simpati. Mana tahu Adri nak minta maaf dan tarik balik kata katanya.
"I never feel guilt. I won't say sorry. One more thing, it's just a fact. Aku tak maksudkan pada sesiapa. Kau yang terasa sendiri" tenang Adri balas.

ANDA SEDANG MEMBACA
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...