♕ ARZALNA NUHA ♕
Pandang kiri. Lepastu pandang kanan. Aku tak tahu nak buat apa.
Kepala dongak pandang depan. Adri duduk di meja guru. Tengah main kad atau lebih tepat lagi dia buat trick kad.
Sesaat, mata hitam itu tertumpu padaku. Macam tahu aku perlukan bantuannya.
Kelip mata sekali. Senyum.
Adri buat tak endah. Tadi, Adri sendiri kata ini test, mana mahu dia nak tolong. Adri juga kata dia takkan pilih kasih. Tak peduli aku girlfriend dia atau bukan.
"Anybody finished can go now. Put the paper on the table and left" Adri memecahkan kesunyian.
Dah dua kali Adri ulang benda sama. Sebab itu hanya tinggal kami berempat dalam bilik ni. Yang lain dah keluar lebih awal.
Kawan sebelah kiri bangun. Dia letak kertas atas meja depan Adri dan keluar. Laju betul!
Aku jeling orang sebelah kanan. Kawan tu pun dah nak habis buat. Maknanya dalam ramai ramai ni, aku paling slow.
Tengok pada kertas aku yang suci murni. Rasa nak renyuk dan baling dekat orang depan aku tu. Dari tadi menyenget bibirnya tengok aku mati kutu dekat sini.
Tengok soalan pertama pun aku dah tepuk dahi. Kalah cikgu yang bagi soalan exam!
Aku tak tahulah kalau Adri ni nanti ditakdirkan jadi cikgu sekolah. Agaknya semua anak murid dia terjun bangunan sebab stress.
Hanya berselang lima minit, tinggal aku seorang dalam bilik tu dengan Adri. Sakitnya hati aku tengok dia senyum mengejek.
"Hurry up baby girl"
Aku renyuk dan gumpal jadi bola kertas lepastu aku baling pada Adri. Bukan lagi niat. Memang aku baling betul betul.
Dengan cekap, Adri tangkap dengan sebelah tangan. Gumpalan itu dibuka semula.
"Empty? Kan Adri dah ajar. What's wrong with my pretty baby?"
"Ingat Nuha ni budak ijazah ke?" Marahku.
Adri ketawa.
Seronok betul dia kenakan aku. Sudahlah tadi dia ada buat discussion tentang soalan lepas. Itu okay lagi. Lepastu dia pergi soal seorang demi seorang apa jawapan yang kami dapat.
Untuk orang lain yang dapat jawapan berbeza, aku okay lagi. Sekali kena dekat aku....syntax error!
Tepuk dahi sekejap jugalah Adri tu.
Benda ni macam kelakar tapi tak lawak langsung! Kenapa orang lain boleh dapat jawapan tapi bila kena dekat aku jadi macam ni?
"Baby, hear me this"
Aku sandarkan tubuh. Pensil mekanikal di tangan aku genggam. Biarlah sampai patah dua sekali pun.
Adri memanggilku menggunakan gesture tangan. Mengajakku supaya merapatinya. Dan aku patuh. Berdiri di tepi meja.
"Sit on the desk. I want to be close with you"
Perlahan lahan aku naik dan duduk di atas meja. Berhadapan dengan Adri. Apa yang Adri buat cuma bersandar di kerusi sambil pandang aku.
"I know what you want to be. You have the talent. I admit it but put a little bit of effort in education"
Aku diam.
"As your good partner, you can ask for my help. I'll lend you my hand in anything. Ada apa apa yang Nuha tak faham, tanya dekat Adri. I can help you" sambung Adri.
ANDA SEDANG MEMBACA
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...
