♕ ARZALNA NUHA ♕
Nak tukar baju pun tak sempat. Adri terus tarik aku keluar. Sekarang kami di dalam kereta tanpa aku tahu ke mana arah tujunya.
Diam diam aku jeling orang sebelah. Dari tadi Adri senyap. Tak bercakap sepatah pun. Takkan aku nak membebel seorang diri. Jadi, aku ikut tutup mulut.
Tak ada modal nak bercakap, aku lemparkan pandangan ke luar. Tengok pemandangan. Walaupun banyak kereta tapi jalan masih lancar. Tak jammed.
Boleh jadi Adri lalu jalan lain yang tak jammed.
Makin lama makin pelik. Rasanya dah dekat dua jam Adri memandu tapi masih tak tiba lagi di destinasi. Jangan kata Adri nak culik aku.
Eh? Mana ada suami culik isteri. Lagipun kami dah nikah. Bukannya Adri nak bawa aku lari nikah dekat Thailand. Semua pihak setuju. Pernikahan yang direstui gitu.
Nak terjojol biji mata bila Adri berhenti di satu kawasan perkuburan. Ini ke tempat yang kami nak pergi?
Belum sempat aku cakap apa apa, Adri terlebih dahulu mencantas.
"Kita jumpa mama. Kesian mama tak dapat tengok kita nikah hari ni"
Macam mana aku boleh lupa yang mama Adri dah meninggal? Pastinya Adri tak lupa nak melawat kubur mamanya.
Ya Allah! Menantu jenis apa aku ni.
Macam biasa, Adri akan bukakan pintu kereta untukku. Berjalan beriringan sambil berpimpin tangan di atas jalan tar hingga melalui pagar masuk.
Tak sunyi. Ada beberapa orang yang turut berada di sini. Melawat ahli keluarga yang sudah tiada.
Di hujung ada satu kumpulan manusia. Aku agak mungkin ada jenazah yang baru dikebumikan.
Ketika berjalan, kami berselisih dengan seorang lelaki. Sudah dewasa. Aku anggarkan umurnya sudah mencecah tiga puluh tahun. Dari hujung mata, aku nampak bibirnya terjongket melihat kami.
Pelik ke tengok orang pakai baju putih pergi tanah perkuburan. Bukannya kami nak ikut duduk sekali dalam liang tu.
Agak jauh juga. Kami berhenti di satu pusara bernisan putih. Tak jauh dari sekumpulan manusia tadi. Hanya berjarak beberapa pusara saja.
Tak peduli masih bersamping putih dan persalinan menikah tadi, Adri terus duduk bersila di atas tanah. Bulat mataku lihat kelakuannya.
Baju dibayar mahal mahal dia buat tak tahu aje. Aku agak harganya bukan dua tiga ratus. Menangis Datin Shafa kalau dia tengok.
Siapa tak kenal butik Datin Shafa di negara ini? Sangat popular. Dah tentunya harga pun lawa. Sama lawa dengan baju rekaannya.
Aku ikut duduk. Tapi tak adalah nak duduk atas tanah macam Adri. Tipikal orang Melayu kalau nak duduk bila tak ada alas pastilah akan duduk atas kasut sendiri.
Itulah yang aku buat. Tanggalkan sandal dan duduk di atasnya. Tak adalah baju rekaan Datin Shafa yang menelan harga empat lima angka kotor macam tu aje.
Kemudian aku terasa Adri letak tangan di pinggangku. Menarikku sedikit rapat dengannya.
"Mama, I'm here. I bring your daughter in law"
Perlahan suara Adri. Seolah olah menahan rasa.
"Aren't she pretty? Dulu mama cakap nanti Ri akan jumpa dengan seseorang. Now, I found her. I married her today. The day I turn nineteen. Ironic isn't? I got married in young age"
Adri pandang aku.
"I see you inside her. Lightened my night and make my days more colourful" kata Adri sambil senyum.

YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romantizm[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...