66

387 16 0
                                    

♕ ARZALNA NUHA ♕

Ada cahaya silau masuk dari celah tirai tebal. Bilik aku menghadap bandar. Kalau buka tirai akan nampak bangunan tinggi tinggi. Nak sangat ada balkoni padahal aku tak pernah keluar duduk situ pun.

Hari mesti dah siang. Lepas Subuh tadi aku sambung tidur lagi. Tak tahulah apa yang Adri buat.

Dari rasa hangat di belakang badan dan ada lengan asing yang melingkar tubuh. Aku yakin seratus peratus yang Adri ikut tidur dengan aku.

Bukan benda pelik pun. Dah memang aku tidur dengan dia. Sejak lepas nikah sampai hari ni.

Pasti hari ni hari ahad. Sebab Adri bekerja dari isnin hingga sabtu. Isnin hingga jumaat waktu bekerjanya ikut office hour. Tapi Adri selalu keluar awal untuk ambil aku sekolah. Hari sabtu, Adri akan balik pukul dua petang. Kerja separuh hari.

Kalau hari bekerja biasa, penampilannya formal. Adri akan pakai kemeja dan slack tanpa tali leher. Tapi hari sabtu kasual. Selamba aje dia pakai jeans dengan hoodie pergi office.

Dua hari MC. Selama dua hari itulah Adri bawa aku ke pejabat. Duduk dalam bilik kerjanya.

Aku tak ada kerja. Aku tengok dia buat kerja. Dah bosan sangat, aku ambil kertas yang Adri tak mahu guna dan melukis. Lukislah apa apa yang aku suka. Lepastu tunjuk padanya.

Kertas itu tak dibuang. Adri simpan kertas tu. Walaupun hasil lukisan aku yang tak seberapa. Dia simpan dalam beg laptopnya. Siap dia letak dalam satu fail.

Pujiannya pastilah 'great job, baby girl' atau 'you such a talented wife'. Berserta dengan senyuman lebarnya.

Kesian laki aku. Tak pandai melukis. Aku suka tengok video orang melukis. Banyak cara nak melukis yang simple dan cantik. Aku cuba ajar Adri.

Nak juga tengok dia tak stress bila melukis. Tapi entahlah... haihhhh. Sabar ajelah.

Agaknya dulu arwah mama dia tak bedung tangan masa baby. Itu bila dah besar tangan macam kayu.

Macam macamlah Adri ni. Pelik pun ya juga. Suami siapalah tu. Tak kenal.

Aku mula buka mata. Betullah hari dah terang. Tak tahu sekarang ni jam dah menginjak pukul berapa. Agaknya dah tengahari.

Terasa kurang selesa. Aku nak pusingkan badan membelakangkan cahaya. Bila aku nak pusingkan badan, terasa lengan di perut mengetatkan lingkarannya. Menarikku lebih rapat. Mematikan pergerakanku.

Sebelah badan terasa lenguh. Aku nak pusing ke belakang. Kurang selesa bila aku baring membelakangkan Adri. Ini bukan posisi yang selalu kami lakukan. 

Aku cuba bergerak lagi dan menolak lengannya perlahan. Seketika, terasa ada nafas hangat menampar leher. Seiring dengan erangan perlahan. Mungkin aku sudah menganggu lenanya.

"Don't move. Stay with me"

Kalau tengah berdiri sekarang ni mesti aku dah terjelepuk jatuh mendengar suaranya. Suara suami siapa yang seksi sangat ni. Adri ni sudahlah suaranya memang agak dalam. Nak nak pula suara dia waktu pagi.

Aku tunggu seketika. Tak tahu berapa lama tapi hingga nafas hangatnya yang menampar leher sudah konsisten. Mungkin Adri dah tidur semula.

Kesian pun ada. Kadang kadang Adri bawa kerja balik rumah. Lepas makan malam dia akan buat kerjanya hingga selesai. Cuma selalunya aku jadi penganggu. Meminta bantuan Adri untuk ajar aku topik yang aku kurang faham.

Tipulah kalau Adri tak melayani aku. Sudah pasti dia akan tolong aku terlebih dahulu sebelum menyambung kerja yang tertangguh. 

Aku tahu Adri penat. Aku tahu Adri letih. Namun Adri sekali pun tak cakap dia penat.

HIS OBSESSION: NUHAWhere stories live. Discover now