↢ NAUFAL ADRI ↣
Ambil pen dan tulis nama sendiri. Dah siap tulis aku letak semula pen di tempatnya.
Waktu aku berselisih dengan Kutika ketika melangkah keluar dari pejabat. Tanpa aku sedar tangannya tarik tangan aku. Kaku aku di muka pintu.
"You bertugas dekat mana?"
Aku pusing pandang Kutika.
Kutika ni India. Kalau vibe seorang gadis India mestilah berambut panjang dan berkulit gelap tapi dia ni lain. Kulitnya cerah. Rambutnya pendek separas bahu. Tak nampak macam India pun. Waktu pertama kali aku kenal dia memang terkejut jugalah. Nasib baik masih ada rupa India.
"Belakang. Kenapa?"
"Nothing. Check everywhere okay? I heard some of Muslim student eating in the changing room"katanya.
Biasalah tu. Yang bukan beragama Islam yang segan nak makan di cafe pun akan makan di changing room. Yang tak berapa malu tu memang selamba badak makan di cafe.
Aku yang bertugas di cafe selama dua hari pada minggu lepas. Aku tahulah. Yang hilang ingatan siap tanya aku dah makan ke belum. Bila aku buat muka barulah terkulat kulat nak minta maaf sebab lupa perbezaan agama.
Cafe dibuka. Koperasi pun dibuka. Go Mart? Jangan cakaplah.
Inilah masalah sekolah private yang bercampur kaum dan agama. Waktu bulan Ramadhan pun kena buka cafe sebab tak nak student yang bukan Islam kebulur. Yang merisaukan adalah pelajar Muslim ada yang ponteng puasa.
Tiap tahun mesti ramai yang kena tangkap. Tahun lepas pun setiap hari ramai juga yang ditangkap. Dah jumpa mangsa tangkapan terus bawa ke surau. Di sana ada ustaz dan ustazah yang mengendalikan tadarus sepanjang bulan Ramadhan. Hanya diadakan semasa waktu rehat.
Waktu aku tak bertugas, aku kadang kadang join. Kalau malas aku lencongkan kaki ke inframary. Nak buat apa lagi? Tidurlah!
Inframary di sekolah ni ada aircond. Kipas pun ada. Tentang katil jangan cakaplah. Confirm ada. Nurse yang bertugas di inframary itu pun dah kenal muka aku. Asal masuk situ mesti nak tidur. Dia pun dah tak bising. Habis tidur aku kemas semula katil. Bukannya aku tak kemas.
"Okay" balasku.
Kutika lepaskan pegangannya dan aku tarik semula tangan ke sisi. Mencipta jarak antara aku dan dia.
"Have you eat? Kalau kau nak makan dulu pun boleh. Aku boleh cover"
"No need. I pun fasting juga. So far, I okay aje" balasnya.
"Good to hear that"
Aku terus keluar.
Kutika sangat memahami. Waktu orang puasa, dia ikut puasa. Kalau tiba Raya Puasa dan Raya Haji mesti dia tak pernah miss ucap pada aku. Sekolah ni tiap tahun ada sambutan hari raya. Dia mesti akan pakai baju kurung. Katanya selesa.
Perempuan tu nampak aje macam tu. Tapi dia dah hafal Al-Fatihah dan Ayatul Kursi juga beberapa surah pendek. Aku doa harap hatinya terbuka nak tukar agama dan urusannya dipermudahkan.
Sebagai kawan yang baik, aku doa yang baik baik. Dia pun baik dengan aku. Tak pernah buat aku marah atau terasa. Bahasanya lebih lembut dan halus dari Melayu di sekolah ni.
Ketika aku berjalan di kaki lima dah nampak dah beberapa orang kena tangkap dengan pengawas lain. Susah sangat ke nak suruh puasa?
"Kau cek belakang ke Adri?" Shamin bertanya. Kakinya berhenti untuk bercakap dengan aku.
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...