62

375 27 3
                                    

♔ NAUFAL ADRI ♔

Apakah? Tengah mimpi ke ni?

Lawak jenaka apakah ini. Bersungguh betul buat lawak tengah hari macam ni. Rasa macam nak gelak guling guling pun ada sekarang ni.

Tak tahulah siapa punya kerja jadi ketua pengawai pencegah maksiat ni. Niat tu betul dah. Tapi salah rumah daaa.

Waktu aku dengan Nuha belum menikah dulu tak ada yang nak serbu ke rumah. Itu waktu yang tepat. Sekarang dah nikah baru nak serbu. It's no use. Dah salah timing!

Aku pandang beberapa muka yang nampak familiar. Dah biasa nampak di masjid. Boleh dikatakan mereka kenal aku. Lagi lagi lelaki yang berdiri betul betul depan aku. Itulah tok imamnya.

Awkward. Aku garu belakang kepala yang tak gatal.

Tak pasal jadi free show. Dah gaya macam pertandingan bina badan. Tak sempat nak sarung baju.

"Astagfirullahalazim"

Tok imam geleng kepala.

"Tok! Perempuan tu ada sekali. Inilah budak tu. Kita tangkap aje dua orang ni. Betul tak saya cakap tok? Dia ni anak luar nikah. Itu sebab perangai dia pun macam haram. Dah memang anak haram!" Lantang salah satu suara. Geram benar gamaknya.

Entah apa dosa aku pada dia. Tak ada salah pun. Dekat masjid pun tak mahu bersalam dengan aku. Jijik sangat dengan aku. Orang lain okay aje walaupun mereka tahu aku anak tak sah taraf.

"Sabar Kassim. Jangan bertindak ikut emosi" balas tok imam.

"Nak sabar apa lagi tok? Bukti dah depan mata. Memang sah dia orang buat maksiat dalam rumah ni. Kita bawa aje ke masjid. Tak payah nak tunggu lagi"

"Lailahailallah, Kassim. Kita bincang dulu. Buatnya kita yang silap. Macam mana?"

"Silap apanya? Budak budak remaja sekarang ni memang macam tu. Lagi lagi anak luar nikah macam Adri ni. Dia ikut perangai mak dialah tu"

Tok imam mengeluh perlahan.

"Islam tak ajar kita hina orang macam tu. Biarpun mereka ni salah tapi bukan hak kita nak hina dia orang. Kerja kita cuma cegah kemungkaran. Janganlah kita buat dosa dengan lidah pula" kata tok imam.

"Alahh... Tok takut sebab bapak budak ni kayakan? Sebab dia banyak harta. Kalau kita bawa pergi mahkamah pun nanti dia yang akan menang sebab dia banyak duit. Semua benda dia beli. Kalau saya, saya tak takut. Boleh aje saya tangkap sekarang. Tak payah tunggu apa apa. Semua dah jelas"

"Sabar Kassim. Bawa bertenang. Mana tahu dua orang ni dah nikah. Kita pula nanti yang berdosa sebar fitnah" balas tok imam.

"Nikah apanya tok? Dua orang ni muka muda muda. Budak budak zaman sekarang memang selalu menghalalkan yang haram. Dunia dah sakit, tok!"

Aku dapat rasa sentuhan Nuha di belakang badan. Mungkin dia takut dengan jengilan mata Pak Cik Kassim. Aku biarkan dia menyorok di balik tubuh.

Tangan kiri mencari tangannya. Mahu memastikan dia bertenang.

Tak semena mena, tok imam capai tangan kananku. Diangkat ke udara. Buat aku bingung dan terpinga pinga.

"Kau tengok tangan Adri ni. Dah ada cincin di jari manis. Lain kali mata tu peka sikit" tanganku dilepas semula.

"Semua tu tipu aje. Jangan percaya dengan dunia zaman sekarang ni. Sesiapa pun boleh beli cincin dan pakai. Lepastu kata dah nikah"

Tak sudah lagi Pak Cik Kassim ni.

HIS OBSESSION: NUHAWhere stories live. Discover now