↢ NAUFAL ADRI ↣
Bunyi notifikasi masuk menarik perhatian aku. Baju di tangan aku biarkan jatuh ke atas katil untuk capai telefon.
Ada mesej masuk. Aku lihat nama pengirimnya. Automatik aku mengeluh berat. Lagi lagi dari Suzanne. Muak aku dibuatnya. Macam tak ada lelaki lain yang boleh diajak bercakap.
Tanpa baca isinya, aku terus padam dan tak sampai sesaat satu lagi mesej masuk. Kali ini pengirimnya berbeza. Jadinya aku buka dan baca.
Ezril: Game apa malam ni :)
Berkerut kening aku baca mesejnya. Siap bagi smiley bagai. Mamat ni dah gay ke?
Aku balas dengan mengatakan aku takkan buka PC dalam tiga hingga empat hari tanpa menyatakan sebabnya. Ezril pun bukannya kisah kalau aku tak bagitahu. Dia tak pernah sibuk pun hal aku.
Telefon aku letak semula di nightstand. Ada mesej masuk tapi aku abaikan. Mesti dari Ezril. Nantilah aku balas.
Mamat tu bukannya penting pun. Kalau aku balas minggu depan pun dia tak heran.
Tahun lepas aku sambut seorang. Puasa seorang. Raya pun seorang. Nak harapkan Hashim balik pun tak pernah hayat orang tua tu balik nak sambut dengan aku. Jadinya, aku sambut seorang.
Rutin aku waktu raya mestilah aku akan ke masjid dulu sebelum aku melawat beberapa teman. Mula mula aku akan ke rumah Dylan dulu. Lepastu aku akan ke rumah Ezril. Bukan nak makan sangat pun, nak hilangkan bosan. Cuma sehari itu. Bila malam, aku seorang lagi.
Waktu siangnya aku boleh bertukar kata dan tawa. Malamnya aku sunyi. Kalau aku tak tidur awal mesti aku akan main game sampai pagi esok.
Tahun ini berbeza. Aku ada keluarga kecil baru. Sebab aku dah mula rapat dengan keluarga Mak Cik Salmah jadinya aku akan sambut dengan mereka. Razak pun dah pelawa aku untuk berpuasa dan sambut raya bersamanya. Tak adalah aku sunyi tahun ni.
Sekarang ni aku tengah packing baju nak bermalam di sana. Dah lama Razak ajak aku ke rumahnya. Sebab aku pun free selama seminggu ni jadinya, aku terima pelawaannya dan akan tidur di sana untuk dua atau tiga malam.
Aku pun tak kisah. Lagipun si kecil Ayu tu suka dengan aku. Dari pertama kali aku jumpa dia. Kerjanya nak menempel aje. Tahulah abang dia ni handsome.
"Adri"
Aku menoleh ke pintu. Memang dari tadi aku biarkan ia terbuka.
"Lahh tak siap lagi. Nak gerak pukul berapa? Abah kamu tu bising nanti" kata Mak Cik Salmah.
"Sikit lagi ni. Ibu tunggulah kat bawah. Nanti saya turun"
"Yalah. Jangan lama lama" pesannya sebelum menghilang.
Bila dah kena tegur tu aku main sumbat ajelah baju dalam beg. Dalam berani, aku pun ketar lutut juga dengan Razak. Orangnya biasa biasa tapi auranya buat aku cuak.
Dah berpuas hati, aku ambil telefon dan dompet sebelum keluar. Laju laju aku turun tangga dan menuju ke kereta. Ternyata Mak Cik Salmah dah menunggu di luar.
"Apa kamu pakai seluar pendek? Abah bising nanti"
Aku tunduk pandang diri sendiri. Terlupa. Di rumah memang tak ada seluar lain. Kalau bukan sweatpants mesti aku akan pakai seluar pendek paras lutut.
Perangailah aku kadang kadang keluar suka berseluar pendek. Kalau tidur aku suka pakai seluar jersey bola sepak. Sekarang ni aku bukan apa, aku malas nak tukar. Waktu dah keluar dari rumah baru teringat. Nak masuk balik dah malas.

YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Roman d'amour[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...