♕ ARZALNA NUHA ♕
Everyone's here.
Bila aku kata semuanya di sini maknanya semua ada. Bahasa mudah, orang kata cukup korum.
Ada Mak Cik Salmah dan suaminya. Ada Tuan Hashim. Dah tentu sekali ada Razman.
Memicing pandangannya saat mata kami bertemu. Aku positifkan diri. Mungkin dia pandang Adri di sebelahku.
Tapi tidak. Dia pandang aku.
Janganlah pandang aku macam tu. Pandang Adri! Bukan aku kebulur nak menikah awal awal macam ni. Ini semua rancangan gila Adri. Aku tak salah.
Kami di ruang beranda luar. Menghadap taman bunga.
Andailah situasi kali ini tak tegang mesti aku dah tenang tengok bunga renek pelbagai warna yang hidup mekar.
Sangat hijau dan sangat tenang. Tempat terbaik untuk bersantai dan lepaskan stres.
Pandai betul Cik Man jaga bunga. Mesti isterinya juga sukakan bunga. Taman jagaannya di rumah ini sangat kemas dan subur.
Pedulikan semua itu. Walaupun kami berada di suasana yang nyaman dan dingin tapi masih tak dapat mengendurkan ketegangan.
Seorang seorang muka serius. Lagi lagi muka Tuan Hashim. Dia punya jeling tu buat aku ketar lutut.
Pertama kali aku tengok usahawan Malaysia yang berjaya naikkan nama negara di peringkat antarabangsa tahun lepas dengan kejayaannya mengumpul keuntungan jutaan ringgit. Bapak siapa? Bapak Adri.
Padanlah anak dia pun belanja duit macam air terjun. Nak habiskan harta bapak dia.
Kali ini tumpuan aku tertumpu di atas meja kayu. Satu jag air kaca dengan enam biji cawan. Semuanya masih berisi air teh hangat. Asap masih berkepul kepul.
Razman dengan tenang ambil satu cawan dan bawa ke mulut. Isinya ditiup seketika sebelum dihirup perlahan sebelum diletak semula di atas meja.
"Adri" seru Razman.
Dingin sungguh seruan Razman. Sampai aku pun hampir menggigil. Saat aku toleh ke sebelah, Adri hanya tenang.
"Ya?"
Razman tarik senyum seulas. Kecil.
"Are you sure you want to proceed the plan?"
"Hundred percent sure"
Tanpa ragu Adri menjawab. Pantas dan penuh keyakinan.
Macam mana nak jadi macam Adri? Dalam situasi begini pun dia boleh tenang dan nampak yakin. Aku pun dah berdebar separuh nyawa.
Razman tak membalas. Dia cuma anggukkan kepala beberapa kali. Menerima jawapan Adri.
"Tak padan umur baru berapa nak menikah dengan anak orang. Belajar pun belum habis dah gatal" Hashim bersuara. Menyinis.
"Papa pun apa kurangnya"
Bingkas Hashim bangun dan halakan jari telunjuk pada Adri. Meringis garang wajahnya. Seolah olah nak cekik anak sendiri.
Razman dan suami Mak Cik Salmah cuma tenang. Meminta Hashim mengawal emosinya dan bertindak rasional.
"Kau dengan aku tak sama. Aku tak gatal macam kau. Hidup menumpang harta aku dah besar kepala. Kau fikir kalau aku campak kau dekat luar sana, kau boleh hidup? Nak suap mulut anak orang lagi. Kau yakin ke kau boleh?" Hashim mendengus.
"Saya menumpang harta? Atau papa yang menumpang harta saya?"
Berubah keruh muka Hashim. Bukan aku seorang yang terperanjat. Semua terkejut kecuali Mak Cik Salmah.
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...