❈ ARZALNA NUHA ❈
"Sit well and eat. Do not disturb me"
Masuk kali ni dah empat kali dia tegur. Dia fikir aku dalam perpustakaan ke nak behave dan duduk diam diam.
Aku tengok dia sibuk ke sana dan ke sini berjalan buat aku rasa bosan. Boleh dia suruh aku duduk makan Oreo tapi dia tengah buat kerja. Aku ni mana boleh duduk diam. Cepat bosan.
Jadinya, aku ganggulah dia. Sengetkan kedudukan kerusi dan meja. Paksa dia betulkan banyak kali.
Tiap kali aku buat mesti dia tenung aku macam nak telan hidup hidup. Dengan tak rasa bersalah aku senyum padanya. Betullah Adri ni garang. Walaupun dia dah tenung macam tu tapi aku mana makan saman selagi tak kena marah.
Lagipun Adri mana pernah marah perempuan. Besar mana pun dosa perempuan tu dekat dia, Adri takkan marah. Tapi Adri akan tunjuk tanda dia marah.
Ecehhh, ingat kami yang perempuan ni akan takutlah bila dia tunjuk protes marah macam tu? Haha!
Kalau bukan sebab semua tak nak rehat dengan aku hari ni memang tak ingin aku ikut dia ke dewan. Lagipun bukannya salah aku. Dia yang bagi aku ikut. Maknanya dia beri persetujuan untuk aku ganggu hidup dia.
Perempuankan? Mana pernah mengaku salah. Lelaki juga yang salah.
Dia dah perasan aku ganggu dia jadinya dia tarik aku dan suruh aku duduk. Siap rasuah aku dengan Oreo. Serba salah nak makan sebab itu makanannya. Tapi dia sendiri yang buka bungkusan untuk aku tak adalah aku rasa serba salah sangat. Asalkan aku tak habiskan makanan dia.
Okaylah tu. Biar aku pula jadi mandur. Macam seronok pula duduk goyang kaki dekat stage sambil makan. Tengok orang buat kerja.
Orang lain susah payah angkut kerusi meja tapi aku duduk senang hati makan biskut. Kira baik lagi aku nak ikut cakap Adri walaupun tadi dah kena setepek dekat dahi. Berani dia kata aku degil. Cis!
Tengoklah aku mengadu dengan Razman. Biar padan dengan muka dia. Cakap lagi aku yang bukan bukan.
Hampir penuh satu dewan dengan kerusi dan meja. Elok tersusun rapi. Aku yang tengok pun rasa puas hati. Pelik macam mana otak Adri berfungsi. Bukan kata hasil kerja dia puaskan hati tapi akademik dia pun boleh tahan.
Kalau tak mestilah muka dia takkan terpampang dekat laluan keluar dan masuk di bawah pejabat. Digelar overachiever. Ada uniformnya yang tersendiri. Sesuailah dengan orangnya. Rajin.
Pantang nama kena seru mesti laju buat kerja. Macam tak pernah kenal letih dan penat. Dah macam kilat dia bangun dan patuh.
Untunglah yang jadi isteri dia nanti. Dekat sekolah rajin mestilah dekat rumah pun rajin. Agaknya tak payah suruh pun dia terus buat. Sejuk perut mak yang mengandung dapat anak berguna macam Adri.
Aku nampak Adri tengah berjalan ke arahku. Tak sampai berapa lama dia sudah hampir di depan aku. Menunjukkan kaki panjangnya melangkah lebih laju dari orang lain. Sesuai dengan tubuhnya yang tegap. Bila Adri tanpa kot hitamnya, tampak berbeza. Tubuhnya jelas kelihatan walau hanya berbalut kemeja putih.
Sebelah tangan naik ke kepala membetulkan rambut yang mula berjuntaian dari kemasan. Rambutnya selalu kemas. Digel dan disikat kemas. Tapi aku lagi suka tengok rambutnya waktu hari penyampaian keputusan peperiksaan tempoh hari. Nampak fluffly. Aku yang geram nak pegang rambut dia.
Sedar tak sedar Adri dah berdiri di depan aku. Kertas yang sedari tadi berada di sebelah aku diambil. Ditilik setiap tulisan diatasnya sebelum pandangannya dilemparkan ke tengah tengah dewan.
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...