75

387 21 0
                                    

♕ ARZALNA NUHA ♕

Satu tahun kemudian....

Rambut yang basah aku lap menggunakan tuala. Setelah memastikan ia tidak terlalu basah seperti tadi, aku biarkan tuala tadi di atas kepala. Tiada lagi air dari rambut yang menitik di baju. Lepas ni aku dah boleh keringkan menggunakan hair dryer.

Ketika tanganku dipanjangkan mahu menarik laci dresser table, aku terpandang frame gambar. Mataku tertumpu di situ untuk seketika. Bibirku mengukir satu senyuman.

Frame gambar itu aku ambil untuk lihat lebih dekat. Makin lebar senyumanku.

Figura seorang lelaki bertubuh tinggi berkulit cerah namun sedikit tanned di dalam gambar itu sedang tersenyum. Matanya yang cantik menjadi sepet gara gara senyumannya yang lebar. Hingga terbentuk eye smile di bawah mata.

Bila aku tenung lama lama, aku nampak seakan akan wajah kacak itu bercahaya. Lelaki itu dilanda kebahagiaan.

Adri. Suami aku.

Tipulah kalau tak rindu. Dah setahun aku tak bertemu muka dengannya. Semestinya rindu aku menggunung tinggi. Hari hari aku tunggu kalau Adri akan balik ke sini semula seperti yang atuk dan Adri janjikan.

Aku tak punya bahan lain untuk melepaskan rindu. Yang aku ada hanya gambar dan videonya. Tak lupa rakaman live stream yang Adri simpan dia hard disk PCnya. Tiap kali aku balik ke rumah papa, aku akan banyak habiskan masa di dalam bilik.

Bukan nak tengok sangat pun game tu. Aku nak dengar suara Adri. Itu saja.

Sakit dan luka mengajar manusia untuk jadi lebih kuat dan lebih matang. Terima kasih pada Adri sebab beri aku peluang ini untuk aku berfikiran secara lebih dewasa. Sebab rindu aku padanya, aku dah mula berubah.

Aku pun rasa yang aku tak sama seperti dulu. Fikiran aku sekarang ni matang setara dengan umur. Dah tak ada berperangai macam budak budak.

Tapi sungguh. Rindu sangat menyakitkan. Lagi lagi sekarang kami berada di berlainan negara. Dia di Sepanyol. Aku masih di sini.

Menantinya.

Aku tahu Adri masih hidup. Setiap bulan pasti ada yang akan datang ke rumah memberikan perutusan darinya. Mesti ada hadiah yang Adri bagi. Disertakan dengan nota atau surat darinya.

Surat yang Adri bagi, aku akan simpan elok elok dalam kotak darinya yang aku dapat setahun lepas. Aku letak tarikh dan susun mengikut urutan.

Ada masa aku terasa nak melepaskan rindu. Aku akan ambil dan baca satu per satu. Dah tentu ia tak akan berakhir dengan baik. Hujungnya, aku akan menangis.

Paling kerap, Adri bagi aku bunga ros. Tiga kuntum bunga ros. Kali terakhir aku dapat adalah dua bulan lepas. Sebab bulan lepas Adri bagi aku plushie. Tak tahu apa yang Adri hantar untuk bulan ni.

Jadi macam rutin aku setiap bulan. Tunggu hadiah dari suami sendiri. Sedangkan orangnya entah ke mana. Tapi aku perlu redha. Mengingatkan hati yang Adri sangat cintakan aku.

Agak terkilan bila Adri tak ada bersamaku waktu masuk tahun baru. Lebih tepat lagi, hari ulang tahun pernikahan kami untuk tahun pertama. Adri cuma kirimkan hadiah untukku.

Perlahan lahan aku sentuh permukaan kaca frame gambar itu. Atau niatku adalah aku sentuh wajah Adri.

"I love you husband. I miss you so much" ucapku sendiri.

Tak lena aku tidur setiap malam sejak hari Adri keluar dari rumah ini. Tengah malam mesti aku akan terjaga dan aku tak dapat tidur hingga ke pagi. Aku cuma lihat tempat tidurnya yang kosong.

HIS OBSESSION: NUHAWhere stories live. Discover now