♕ ARZALNA NUHA ♕
Siapa sangka Adri lulus dan dapat keputusan SPM miliknya semula. Masih aku ingat lagi bagaimana Adri risau dan takut. Sampai dia sanggup tunggu aku untuk suruh aku buka dan baca terlebih dahulu.
Dah ya, Adri lulus. Grednya mencapai seperti yang dimahukan. Malah lebih dari itu.
Memanglah di ujian pertengahan grednya turun sedikit. Mungkin sebab dia tengah syok dekat aku. Tapi di hujungnya Adri dapat naikkan semula gred.
Rasa macam tak percaya sebab waktu itu kami masing masing sibuk nak fikir tentang hal nikah yang tak sampai dua bulan. Macam macam perkara perlu diuruskan. Mujurlah Razman banyak tolong aku. Tapi aku tahu, Adri yang tolong Razman. Dia yang banyak urus semua.
Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dimahukan. Maknanya doa Adri makbul.
Tengok Adri punya takut nak buka result sendiri sampai aku pun terhibur. Agaknya begitulah Adri nervous sebelum akad. Terasa nak tengok macam mana Adri gemuruh sebelum nikah tapi itulah. Dah nikah.
Itu sebab Adri menangis selepas lafaz. Dia dengar 'sah' terus menangis. Aku rasa sebak juga tapi bila nampak Adri dah menangis. Terus aku tak jadi nak sedih. Aku rasa nak ketawa.
Aku turut senang bagi pihak Adri. Lepas ni bolehlah Adri sambung belajar dan kejar cita citanya. Volory Noulant sudah menunggu. OLIZIR juga sedang menunggu.
Makin senang hati bila aku tengok keputusan SPM Adri yang perfect. Lapan belas subjek tu semua A plus. Nasib baik tak ada Pendidikan Seni Visual. Agaknya cacat result dia nanti.
Elok elok semua A plus. Tiba tiba sesat satu G untuk seni. Terus jadi kapal terbang slip result dia tu nanti.
Adri punya gembira bila aku kata dia lulus sampai dia terus peluk aku di situ juga. Mujur cuma ada Ezril, Daniel dan Sabrina yang cuma menemani Ezril.
Semua lulus. Termasuklah Ezril. Di situlah baru pertama kali aku tahu nama penuh Ezril.
Yang buat aku pelik namanya tak sama macam Sabrina. Kalau kembar pastilah namanya sama. Ini tidak. Dan aku rasa ada sesuatu yang berbeza antara mereka. Aku nampak Sabrina seolah olah mahu mengelak dari Ezril.
Aku bersyukur semuanya selesai. Teringat bagaimana Adri termenung jauh dari malam semalam hingga pagi ini. Bila aku tanya, dia kata dia risau gagal.
Sebagai isteri yang baik, aku beri dia sokongan moral. Meyakinkan dia yang aku akan sentiasa menyokongnya.
Bukannya apa, Adri buat aku risau. Tidur pun tak mahu. Aku terjaga tengah malam nak ke bilik air pun Adri masih belum tidur. Bila aku menenangkannya barulah Adri boleh tidur. Kalau tidak kerjanya termenung.
Kerana hasil usaha dan penat jerihnya, Adri kini bebas. Dah boleh apply mana mana institusi. Macam Dylan.
Cakap pasal Dylan. Tinggal dua minggu sebelum dia menyambung pelajarannya. Tinggallah adik dia seorang di sini. Nasib baik Puan Zulia dah habis pantang. Bolehlah dia hantar si Yana ni sekolah.
Dylan tangguh untuk menyambung pelajaran kerana Puan Zulia sedang hamil. Ayah mereka pula kerap outstation. Memandangkan dia dianggap sebagai anak sulung, dialah yang jadi tonggak keluarga sementara si ayah tiada.
Nantilah aku ajak Adri untuk bye bye dekat Dylan sebelum dia pergi. Keluarga Dylan kenal dengan kami. Lagi lagi sekarang ni mereka dah tahu kami dah menikah.
Sebab siapa lagi kalau bukan mulut si Dylan tu. Entah entah Yana pun sama.
"Ingatkan ikut husband balik"

YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romansa[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...