✼ ARZALNA NUHA ✼
Tiga hari.
Selama tiga hari itulah aku kena melekat dengan Adri. Seronoklah mamat tu jadi tuan tanah. Bagi arahan dekat aku. Mesti dia suka tengok aku jadi hamba abdi dia. Huh!
"Jangan jauh jauh dengan Adri. Dengar cakap dia"
Pesanan Razman.
Aku pun tak faham kenapa. Razman siap cakap yang dia dah suruh Adri jaga aku. Macamlah aku ni tak pandai jaga diri sendiri. Atuk aku ni ingat aku ni budak lima tahun ke?
Kalau setakat jangan ambil gula gula dari abang van putih tu aku tahulah. Siapa aje yang nak ambil gula gula dari stranger? Kalau bukan kena culik mesti dia bagi dadah. Seriau!
Pagi aku bergerak ke sekolah dengan driver upahan Razman. Bukan orang lain, driver Razman juga. Tapi hari ni aku hanya senyap di dalam kereta sebab aku tak berapa rapat.
Driver Razman ada dua. Satu driver aku dan satu lagi driver Razman sendiri. Hari ini driver Razman. Aku jarang bercakap dengannya. Entah kenapa aku rasa driver Razman tu garang. Aku cuma rapat dengan driver aku. Sebab dia perempuan.
Sepanjang jalan senyap sampailah aku tiba di sekolah. Elok aku turun, dia pun turun. Beg aku dikeluarkan dari boot belakang kereta.
"Nak letak kat mana?"soalnya.
"Saya bawa sendiri. Letak sini aje" jawabku.
Lembut suaranya hari ni. Tak tegas. Tanya pun baik baik. Pelik.
Aku tak kisah nak bawa sendiri. Tadi pun aku bawa turun dari tingkat 5 pun sendirian. Beg tu bukannya berat pun. Aku cuma bawa uniform aku lagi sepasang dan dua helai lagi baju dan seluar lain untuk tidur. Tak lupa sehelai dua baju dan seluar extra. Just in case. Dah sampai sana nanti pandai pandailah aku nak uruskan diri.
Beg itu diletakkan depan aku. Kemudian aku terus bergerak ke laluan masuk. Meninggalkan kawasan tar kereta keluar masuk. Ternyata di sana sudah ada yang tiba. Tidaklah terasa kekok melangut seorang diri.
"Awalnya" tegurku.
Lithia senyum.
"Mana ada awal. Biasalah ni. Yang awal tu Adri. Pagi pagi dah terpacak dekat sini" ujar Lithia.
Betullah tu. Adri selalu datang awal. Pagi pagi buta dah ambil kunci kelas. Apa yang dia buat awal pagi pun tak tahulah. Buat masa sekarang ni aku tak pernah lagi datang lagi awal dari Adri. Lelaki itu memang sesuai nak jadi role model pelajar contoh.
"Awalnya"komenku.
Ada beg sederhana besar di lantai dan satu beg galas. Aku agak itulah beg Adri sebab Lithia ni tengah duduk atas luggage sendiri. Dah nama perempuan mestilah beg besar besar. Nak pergi dua tiga hari tapi bawa beg macam nak duduk seminggu. Kadang kadang pelik dengan lelaki. Macam mana boleh bawa barang sikit? Apa je yang dia bawa?
Tertanya tanya tapi tak adalah sampai aku nak buka beg hitam Adri tu. Kut nanti aku geledah nampak yang bukan bukan pula. Buta mata aku nanti.
Seorang demi seorang tiba dan berkumpul. Cukup lima orang ahli tengah menunggu guru yang bertugas, Adri datang dari belakang. Itu tak lain tak bukan mesti baru lepas bagi makan kucing.
Aku rasa hari ni Adri nampak lain. Adri macam tengah bahagia. Atau cuma gaya rambutnya yang berubah? Mungkin juga ada klip dan nametag di tali lehernya.
Tengah duk tenung anak teruna orang kegiatan aku tertangkap. Aku nampak hujung bibir Adri ternaik sedikit. Macam tengah menahan senyum. Dia baru lepas kerling aku tadi mestilah dia nampak ke mana hala mata aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...