↢ NAUFAL ADRI ↣
Dewan dah kosong. Aku tak rasa nak menyertai kumpulan manusia di dataran sekarang ni. Aku selesa duduk di dewan seorang diri.
Malas nak ulang alik banyak kali. Kalau aku ke dataran pun bukan boleh buat apa pun. Setakat jamuan. Aku dah kenyang jamah kek yang Teacher Wani bawa.
Cikgu kimia aku. Bujang lagi. Cantik orangnya tapi sayang. Dah bergelar tunang orang. Berkulit kuning langsat dan manis dengan senyuman walaupun garang. Dia selalu cubit lengan aku bila nampak aku mengantuk dalam kelasnya. Walaupun lengan aku berlapis dengan baju kot dan kemeja tapi aku tetap terasa bisanya.
Kalau aku dah tongat dagu atas meja dengan mata kuyu, dia tahulah. Diam diam dia jalan di belakang aku sebelum sepit ketamnya berjalan. Terus hilang mengantuk aku.
Walaupun begitu, aku tahu yang hatinya baik. Selalu bawa kek atau manisan dari kedai keluarganya. Dah tahu anak murid dia yang ini suka makan makanan manis.
Sejak majlis bermula tadi aku duduk di meja depan dewan. Jadi penyambut tetamulah kononnya. Dihidang depan aku. Manalah aku ada kerja lain kalau majlis dah bermula. Itulah tempat aku kalau ada perjumpaan penjaga dengan guru tiap kali lepas peperiksaan sebab aku tak boleh sertai kawan kawan lain yang ada penjaga datang.
Ini hari paling aku benci. Setiap cikgu yang nampak muka aku mesti dia tanya benda sama. Setiap tahun! Sama ada dia akan tanya...
"Parents awak tak datang lagi tahun ni?
Atau...
"Ambil result sendiri lagi?"
Terasa. Sumpah aku terasa hati.
Aku dah malas nak jawab. Ada dalam tujuh hingga lapan kali aku kena ulang jawapan sama setiap tahun sampai aku muak. Sekarang ni kalau aku dengar ada yang tanya soalan tu aku hanya koyakkan senyum palsu dan biarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan.
Bukan aku tak hantar jemputan pada Hashim. Aku hantar tapi dia yang tak nak balik. Bukan salah aku pun.
Benda ni buat aku rasa letih aku jadi mandur selama dua hari nak urus dewan dan dataran adalah sia sia. Lepastu letak aku jadi penyambut tetamu di depan. Tempat aku ada di dalam. Sepatutnya aku menyertai kawan kawan lain ambil keputusan tapi tidak.
Tempat aku diluar. Hanya mampu dengar nama tempat kedua jadi nama pertama yang dipanggil untuk naik ke stage bersama penjaga dan bergambar. Nama aku? Dah tentulah digugurkan walau dalam handout tu ada nama aku.
Apa yang aku mampu buat tiap tahun cuma intai dari luar. Tengok student dapat bergambar dengan penjaga. Ada yang datang dengan ibu. Ada juga yang datang dengan ayah. Sampai dua dua datang pun ada. Aku? Fatima dah meninggal. Ada bapa pun lupa anak sendiri.
Bukan aku tak teringin nak terima keputusan aku sendiri dengan Hashim di atas stage. Tapi mimpilah kau ni Adri! Berangan aje. Sedarlah semua tu cuma angan angan kau yang dia tak hingin pun nak tunaikan. Takkan kau pernah kena marah sebab paksa dia datang tahun lepas. Dia lagi pentingkan kerja dari aku.
Ohhh... Lupa! Aku ni bukan anak dia. Tak ada sikit pun darah dia mengalir dalam badan aku.
Bertahun jugalah aku tunggu. Akhirnya aku dapat untuk tahun ni. Selama ni aku mampu redha bila nama aku digugurkan bila aku tiada penjaga yang datang. Nak ambil keputusan sendiri pun kena tunggu kawan kawan lain siap jumpa dengan cikgu.
Tapi tahun ni aku dapat naik stage. Pelik juga tiba tiba Teacher Wani datang balik dekat aku dan minta aku ikut dia. Aku fikir ada masalah dengan mikrofon atau sebagainya. Selalunya nama aku yang naik dulu kalau ada masalah macam tu. Dah macam tak ada jantan lain nak minta tolong.
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...