48

339 21 1
                                        

♔ NAUFAL ADRI ♔

"Kamu dah hilang akal ke?"

Masih berlapik. Di telinga orang lain masih kedengaran sopan menampar telinga.

Namun sampai di gegendang telingaku ia tak jadi sopan lagi. Tambahan pula dengan gaya soalan itu dilemparkan. Jelas makna soalan itu adalah 'kau dah gila ke?'

Walaupun ada yang kata lelaki kurang teliti tapi aku perasan semua itu. Walau perubahan kecil dalam tindak tanduk seseorang.

"Umur kau orang baru berapa tahun. Buka mata tu sikit Ri. Masih awal lagi. Sabarlah dulu. Ibu tahu kamu sayang Nuha" kata Mak Cik Salmah.

Aku hela nafas berat.

"Saya takkan semudah itu akan biarkan dia jatuh di tangan lelaki lain. Ibu lupa ke apa yang dah jadi?"

"Macam mana ibu nak lupa? Ibu faham keadaan Ri tapi-"

"Kalau faham, maknanya ibu tahu apa yang saya rasa sekarang ni" aku potong bicaranya.

Aku tak mahu Nuha tahu. Bukan niatku mahu menipunya tapi dia tak perlu tahu. Tentang itu, aku dah ada plan lain.

Faizal kata kemungkinan pembedahan itu akan berjaya masih tinggi jika masih di tahap awal. Aku dah sampaikan khabar yang aku akan teruskan operation walaupun aku tak beritahu bila waktunya.

Keadaan aku masih belum keadaan baik. Aku perlu uruskan semuanya terlebih dahulu. Lagi lagi sekarang ini aku terhimpit dengan pelbagai asakan dan pihak.

Tentang Hashim. Tentang Vellouis. Tentang Nuha. Dan paling penting sekali, aku masih belum hadap peperiksaan akhir.

Peperiksaan itu penting. Sangat penting. Ia menentukan gred aku. Aku perlu lulus. Aku perlu galas tanggungjawab. Bermacam macam tanggungjawab.

Menambah beban di bahu. Terpaksa mengendongnya hingga akhir nafas.

Aku tak pernah minta untuk hidup dalam keadaan yang sulit dan rumit begini. Sekali pun aku tak pernah berdoa minta untuk dilahirkan dalam keadaan begini.

Aku tak minta untuk dibesarkan dengan kekasaran. Aku tak minta untuk jadi matang lebih awal dari usia.

Walaupun aku iri tengok remaja seumuran yang masih leka dengan masa remaja. Tapi aku...tidak. Sangat berbeza.

Mak Cik Salmah tersandar. Wajahnya kesal. Nampak serabut.

Aku pandang Nuha.

"Nuha boleh tinggalkan Ri kejap? Naiklah bilik Ri. Nanti kami dah habis cakap, Ri naik atas ajak Nuha turun semula" ujarku lembut. Separa memujuk.

"Nuha tak boleh dengar ke?"

"Not yet. I'll tell you later. I promise" aku senyum palsu.

Nuha bangun. Mula bergerak meninggalkan kami di ruang makan. Suasana senyap hinggalah kedengaran pintu tertutup di tingkat atas. Tanda Nuha sudah berada dalam bilik aku.

"Adri tak bagitahu Nuha pasal..."

Geleng.

Aku tak punya kekuatan yang cukup untuk menceritakan padanya. Tak bermakna aku menipu dia. Aku cuma perlu sedikit masa.

Aku tak berani seperti yang dia anggap dan lihat. Aku juga manusia biasa. Tiada kuasa. Tiada kelebihan istimewa yang rare.

Katakanlah aku lelaki pengecut. Ya, aku memang pengecut. Aku akan lari dari masalah untuk menenangkan diri sebelum aku cuba menyelesaikan tatkala ia sudah parah.

Itulah aku. Itulah realiti Naufal Adri.

Aku tak sempurna seperti yang dia bayangkan. Aku bukan seorang malaikat.

HIS OBSESSION: NUHATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang