32

416 21 0
                                    

♕ ARZALNA NUHA ♕

Maka bertengkarlah aku dengan Adri kerana hal itu. Bukan apa, aku rasa dia tak patut buat begitu pada Dhaeem. 

Dhaeem anak sulung. Aku pernah jadi kakak. Hampir jadi kakak. Aku faham keadaannya. 

Anak pertama menjadi harapan terbesar ibu bapa dan role model untuk adik adik tapi Adri dah hancurkan kedua hati ibu dan bapa Dhaeem. Aku tahu keluarga Dhaeem cuma keluarga yang sederhana. 

Adri dah jadikan Dhaeem sebagai tempatnya untuk melepaskan amarah dan dendam. Lelaki itu salah dengan aku bukannya dengan Adri. 

Dan ini masalah aku bukannya masalah Adri. Selama ni aku tak pernah peduli pun tentang Dhaeem. Sikit pun aku tak peduli. Aku dengan dia pun dah jauh. Selama aku pindah sekolah, aku tak pernah jumpa dia walau sekali. 

Adri tak sudah sudah mempertahankan dirinya. Mengatakan yang tindakannya adalah betul dengan mengheret Dhaeem ke balai polis. Manakala aku kata tidak. 

Mungkin betul. Mungkin juga salah. 

Dhaeem baru 18 tahun. Aku tahu dia salah tapi dia terlalu muda untuk tanggung segala dosanya. Aku pun boleh suruh Razman bawa Dhaeem ke balai tapi aku tak mahu. 

Aku nak Dhaeem sedar silap sendiri. Bukan dengan cara paksaan macam ni. Bagi aku apa yang Adri dah buat betul betul dah melampau. 

Memang aku turut terkesan lihat tulang pipi kiri Adri membiru. Tanda dia juga menerima pukulan Dhaeem tapi sangat tak adil. Aku tengok Dhaeem lebih banyak makan penumbuk Adri. Kalau tidak mesti Dhaeem tak terkulai bagai hilang nyawa. 

Namun lihat wajah Adri berubah riak buat aku rasa serba salah. Mungkin aku dah melukakan hati lelakinya. Untuk aku kejar dan minta maaf pada Adri sepertinya tak mungkin akan berlaku. 

Jadinya kami tidak bertegur sapa. Aku bawa haluan ke hulu dan dia bawa haluan ke hilir hingga tinggal dua hari sebelum hari sepatutnya kami buat pembentangan nanti. 

Bukan seorang dua yang tanya sama ada topik kami sudah selesai atau belum. Dah nama sekolah mestilah ada yang suka bertanya walaupun setiap topik kami berbeza. Aku cuma geleng. 

Aku cakap Adri sibuk. Walaupun macam tu aku tak letakkan kesalahan itu di atas bahunya seorang. Aku tahu aku pun ada salah dekat dia. Turut jadi punca kami tak bertegur sapa.

Menyedari waktu dah kesuntukan, aku pilih untuk rendahkan ego. Aku dah beritahu sahabat aku yang tiga orang itu dan juga Dylan. Malah aku yang kena bebel sebab marah Adri. 

Mungkin Adri betul dan aku salah tapi aku yang ego nak mengakui kesalahan sendiri. Mungkin juga aku masih mentah untuk menyeimbangkan emosi dan logikal. Aku tak sayang pada Dhaeem tapi aku tak sanggup nak pisahkan dia dengan keluarganya. 

Sampai bila aku nak berperang begini. Sepatutnya aku berterima kasih pada Adri bukan menolaknya pergi. 

Dalam cuak, satu mesej memohon maaf aku hantar padanya. Mana tahu dia marah dekat aku juga. Tak sampai beberapa minit aku terima balasannya. 

Ok- Naufal Adri

Okay! Dia masih terasa hati. 

Macam mana nak pujuk anak bujang orang ni? Aku bukannya pandai. Kalau bayi menangis bolehlah aku tepuk dan dodoi bagi dia berhenti menangis. Kalau baby besar macam ni? Takkan aku nak tepuk dan dodoi juga. 

Satu lagi mesej masuk. Aku tengok pengirimnya. Adri. 

Where are you - Naufal Adri

HIS OBSESSION: NUHAWhere stories live. Discover now