Señor means master atau tuan in Spanish
Don means sir or Mr
♔ NAUFAL ADRI ♔
"Ja mata ne"
"Jaane Adri-san!"
Raizo dan Meiki. Mereka sedarah namun bukan adik beradik. Sama sama gila. Sama sama hebat. Bukan orang calang calang.
Personaliti mereka jauh berbeza. Raizo jelas nampak maskulin. Menunjukkan yang dialah ketua. Terserlah aura jantannya. Tegas pun ya. Manakala Meiki pula perempuan. Dah tentu nampak feminin. Sangat ramah. Orangnya manis tapi licik.
Macam Raizo.
Kalau Raizo dipanggil hitman, Meiki dipanggil hitwoman. Dia menggunakan kecantikannya untuk menjalankan misi. Aku tak nak tahu misi apa. Jelas jelas misinya melibatkan nyawa manusia.
Mereka berdua orang hebat dan juga orang yang baik. Raizo dan Meiki tiada agama namun mereka sangat hormatkan aku sebagai seorang Muslim.
Yang jelas nampak Raizo yang tertarik, bukannya Meiki. Mereka berdua tak beragama. Hidup berpaksikan 'kau buat baik, aku buat baik. Kau buat jahat, aku buat jahat'. Kalau tak takkanlah berdua tu tega jadi pelarian semata untuk mengelak dari ditangkap.
Meiki pun tahu Raizo mula berminat untuk menjadi seorang Muslim. Dia pun tak cakap apa apa. Hanya diam.
Apa pun aku doakan yang terbaik untuk mereka berdua, terutama sekali pada Raizo. Nak memaksa, tak boleh. Jadinya, aku mampu doa agar hatinya terbuka.
Dengar Raizo tertarik nak mendalami Islam pun aku dah rasa gembira. Tak tahu kalau nanti tiba hari Raizo datang pada aku dan mengatakan dia sudah menjadi seorang Muslim. Aku rasa aku adalah antara temannya yang paling gembira.
Lagipun kekasihnya seorang Muslim. Seorang pelajar dalam program kejururawatan. Sangat sesuai kalau dibandingkan dengan Raizo.
Thea orangnya tenang. Lemah lembut. Raizo pula sifatnya bertentangan. Tapi bila Raizo dekat dengan Thea... eh? Terus jadi baik. Macam tak percaya pun ada.
Moga kisah cinta mereka berakhir dengan kebahagiaan. Sebagai seorang kawan, aku akan doakan yang baik baik.
Balik dari hantar Raizo, aku merancang untuk terus balik. Teringat Nuha tengah tunggu aku di rumah. Pula tu aku dah janji nak ajak dia keluar nanti. Kalau aku balik lambat nanti mesti dia marah. Sudahlah kami baru berbaik. Takkanlah nak bergaduh lagi.
Tiga hari tanpa Nuha buat aku hampir jadi hilang akal. Macam dah tak betul. Ikutkan hati aku nak aje peluk kuat kuat. Tapi aku tahan. Aku beri dia masa.
Semua sebab silap aku. Salah aku. Aku mengaku benda tu.
Cek telefon. Kosong. Tak ada satu notifikasi pun dari Nuha. Selalunya aku keluar rumah beberapa minit pun dah berderet mesejnya masuk.
Ini kosong. Macam tak percaya pun ada. Apa benda yang Nuha buat dekat rumah? Risau pula aku.
Aku taip dan hantar aku mesej padanya.
Baby, are you okay?
Seminit.
Dua minit.
Tiga minit.
Masih tak berbalas. Ini luar dari kebiasaan. Jarang Nuha abaikan mesej aku.
Dalam kepala mula terimbau semula apa yang aku dah buat. Mana tahu aku ada terbuat dosa dekat dia. Dia marah dan merajuk. Jadi punca dia tak layan aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
HIS OBSESSION: NUHA
Romansa[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...