41

352 18 1
                                    

♔ NAUFAL ADRI ♔

Kaki turun dari tangga terus ke dapur. Sambil berjalan tangan naik ke kepala membetulkan rambut. 

Baru lepas mandi. Rambut masih lembab. Hujung rambut jatuh ke mata. Tanda dia suruh aku pergi barberlah tu. Cepat betul dia panjang. 

Tak percaya. 

Aku berhenti depan cermin besar di ruang depan. Nak periksa rambut. Memang betul dah nampak sedikit warna asli rambut di pangkalnya.

Ini kalau aku nak berambut brown semula susah sikit. Nak biarkan panjang nanti nampak pelik. Nak suruh aku botak lagilah aku tak mahu. Hauk kau tahu!

Alang alang depan cermin aku betulkan rambut dulu. Sambil puji diri sendiri. Hahaha. 

Dah puas hati aku teruskan langkah ke dapur. Mak Cik Salmah tengah berdiri sebelah island kitchen. Tengah letak pinggan. 

Rutin baru balik sekolah kenalah mandi dulu. Kalau tak mulut Mak Cik Salmah ni tak berhenti membebel sampai raya haji. Siap cakap aku ni busuk. 

Dah nama pun lelaki mestilah bau peluh lebih kuat dari perempuan. Lagipun badan aku manalah berbau sangat. Itu pun aku tak pernah lupa nak guna deodorant dan perfume. Sampai hati cakap aku busuk. 

Aku nak merajuk seminggu! 

Buat buat tak nampak makanan terhidang atas island. Aku buka peti sejuk. Tekak teringin nak makan ais krim. 

"Makanlah ais krim tu. Makanan ni siapa nak makan?" aku dengar suaranya di belakang. 

Aku toleh sikit pandang ke belakang. Mak Cik Salmah tengah bercekak pinggang. Marahlah tu!

Aku cebik. Tengah merajuk. 

"Ibu makanlah dulu" kataku. 

"Dah tak nak makan dengan ibu dah ke?"

Dengan muka tak bersalah, aku ambil satu paket aiskrim dari dalam peti dan keluarkan. Tak peduli matanya tajam menikam. Aku terus buka dan makan. 

"Saya merajuk" 

"Tak malu. Dahlah jantan. Besar panjang pun nak merajuk lagi" 

Kutuk anak sendiri! Sampainya hati. Terjuih juih bibir kutuk aku. 

"Lelaki pun ada perasaan juga. Bukannya kami ni robot" aku membalas. Tak mahu mengalah. 

Entah bila wanita itu dah berdiri sebelah aku dan tarik sebelah telinga aku. Sakit jugalah. Habislah panjang sebelah telinga aku lepas ni. 

"Menjawab aje kerja" katanya. 

"Saya ada mulut"

Kemudian cepat cepat aku sumbat ais krim dalam mulut sendiri dan mengelak. Nanti telinga aku jadi mangsanya lagi. 

Sakit! Aku tak nak. 

Tengah aku tenang makan ais krim tiba tiba aku terasa tangannya tarik rambut aku dari tepi. Tak kuat tapi cukup untuk aku rasa ada sentuhan. 

"Kenapa pegang rambut saya?"soalku pelik. 

Dari aku mula warnakan rambut, tak pernah sekali pun dia pegang macam ni. Mak Cik Salmah cuma pernah marah sebab aku warnakan rambut. Dia takut warna itu tak telap air. 

Tapi aku tak adalah bodoh mana. Mak Cik Salmah yang risau sangat. Beberapa hari jugalah dia membebel. Katanya nanti wuduk aku tak sah. 

Lama kelamaan dia terbiasa. Dah tak bising. Tak ada pula dia minta aku berhenti warnakan rambut. 

HIS OBSESSION: NUHAWhere stories live. Discover now