NAUFAL ADRI
Bunyi alarm memecahkan sunyi pagi. Aku bangun dari kerusi dan berjalan ke arah nightstand di tepi katil. Sekali tekan butang hilang terus bunyi yang membingitkan telinga. Telefon diletakkan kembali di atas nightstand. Suis lampu di tepi pintu ditekan. Selang sesaat, biliknya terang benderang. Jelas nampak di seluruh sudut. Kemudian lampu tidur dimatikan. Kaki kembali melangkah ke meja.
Alarm berbunyi bukan tanda dia kena bangun tapi perlu bersiap ke sekolah. Kebiasaannya aku akan terjaga lebih awal dari bunyi alarm. Sejam atau dua. Selama itulah aku habiskan untuk buat sedikit ulang kaji. Tapi aku mana rajin. Selalunya masa itu dihabiskan untuk main game juga. Pandai? Jauh panggang dari api. I'm an average student.
Aku cuma cari distraction. Menyibukkan diri untuk mengelakkan kepala mengulang semula kejadian lepas seperti tape rosak. Bukannya aku suka nak ingat kejadian yang buat diri aku ni macam lelaki paling lemah dalam dunia. Setiap kali aku teringat mesti ada kesan luka memerah di lengan dengan cecair merah menitik ke lantai bilik air dan sinki.
Mata turun pandang lengan sendiri. Tak nampak. Terus aku sinsing lengan baju. Ada beberapa luka baru. Masih merah dan segar. Luka malam tadi. Tapi nampak gaya darah dah berhenti mengalir. Lengan baju diturunkan lagi. Dalam kepala dah berfikir sejenak. Masih ada lagi tak kain kasa dalam simpanan? Rasanya masih ada. Nanti bolehlah nak balut tangan sendiri.
Dah tak ingat sejak bila aku mula self harm. Bertahun tahun. Baju pun semua berlengan panjang. Tak ada yang lengan pendek. Termasuk baju sekolah dan baju sukan. Semua mempersoalkan tentang itu tapi aku tak rasa nak jawab. Selalunya aku akan senyap dan meninggalkan mereka terpinga pinga. Lebih baik aku senyap dari aku bagi penumbuk sebiji.
Yes, I have temper. Cause by my anger issue but it's under control.
Tak pernah lagilah aku pukul anak orang sampai masuk hospital buat masa sekarang ni. Kalau marah, aku akan lari jauh jauh. Bertenang sampai betul betul sejuk lepastu baru datang balik. Kalau nak suruh dia berfikir waktu darah dah sampai kepala memang tak guna mulutlah jawabnya. Buku lima dengan buku lima. Lagi satu bukannya apa, lepas aku lepaskan marah bila dah sejuk balik, aku akan rasa menyesal. Aku tak nak pikul rasa bersalah sampai mati.
Macam hari ini. Aku masih tanggung rasa bersalah lepas tengking Fatima di depan orang ramai. Siapa Fatima?
Fatima Andrea. Atau nama sebenarnya, Mccaren Andrea Vellouis. Mama aku. Wanita itu dah tinggalkan aku sejak aku umur 10 tahun tanpa aku tahu apa penyakitnya. Tapi masih jelas dalam ingatan bagaimana wanita ceria dan cantik seperti itu boleh berubah pucat dan muram. Sebelum sakit, waktu aku kecil, Fatima suka tangkap aku waktu main kejar kejar. Namun tak bertahan lama bila wanita itu mula admitted ke hospital. Mula mula jalan biasa, kemudian makin perlahan dan hingga perlu dibantu dengan tongkat. Penyakitnya makin teruk hingga terpaksa duduk di kerusi roda. Bukannya tak boleh jalan, boleh tapi perlahan. Sangat perlahan. Perlu dibantu oleh seseorang. Dulu Hashim upah seorang jururawat peribadi untuk rawat Fatima. Untuk jaga pemakanan, jaga pergerakan, rekod aktiviti sehari hari dan yang lain lain termasuk bantu wanita itu naik ke tingkat atas.
Dulu bukannya mereka duduk rumah ini. Aku ikut Hashim pindah pada aku umur 12 tahun. Di bulan Disember. Dua tahun selepas Fatima pergi.
Teringat macam mana dulu aku teruja untuk pindah untuk meninggalkan rumah itu. Namun keterujaan itu tak bertahan lama. Sekejap saja. Lagi lagi aku makin meningkat dewasa. Aku makin faham dengan konsep kehidupan. Dan aku tertekan atas silap aku sendiri yang aku dah buat dulu.
Aku tak minta nak ulang balik masa. Aku tak nak ulang semula. Sekali pun aku tak nak hadap semula apa yang terjadi pada aku dan apa yang Fatima dah buat. Aku cuma nak Fatima maafkan aku dengan perbuatan anak tak guna dia macam aku ni.
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...