15

449 25 0
                                    

✩ARZALNA NUHA✩

Kepalaku angkat dan tengok kiri kanan. Kemudian aku tunduk semula pandang telefon. Semua tak menarik. Yang menarik adalah video baru Na Ae.

Makin lama aku stalk, makin kuat rasa nak jumpa orangnya. Teringin juga nak tengok rupanya. Nampak macam handsome.

Jaranglah tak segak kalau dah badan tegap macam tu. Aku tutup laman media sosial dan buka channelnya. Nak cari video barunya.

Aku tak pernah tengok sampai habis sebab tak minat. Memang aku selalu nampak ada perempuan suka main game tapi jarang. Aku ni kiranya kategori yang tak suka main game. Kecuali game Homespace di telefon. Kalau game PC, aku tak suka.

Kadang kadang aku terfikir. Manalah tahu dapat partner suka main game nanti. Takkanlah aku nak halang. Aku support dia tapi dalam masa yang sama aku akan kacau dia.

"Nuha"

Aku angkat kepala. Bila aku nampak Syamim, aku terus letak telefon di riba.

"Kenapa Mim?" Aku tanya dia.

Mula mula jumpa Syamim, aku fikirkan dia cina. Mata sepet. Kulit cerah. Sebiji macam cina tapi maknya Melayu. Apa pun aku suka kawan dengan Syamim. Sudahlah cantik, baik pula tu.

"Adri panggil kita ikut dia meeting. Jomlah. Nanti kalau lambat Adri marah. Aku tak nak tengok dia mengamuk" kata Syamim.

"Okay"

Aku terus bangun. Telefon aku letak dalam poket kot. Kemudian aku terus ikut langkah Syamim.

Buat masa sekarang aku tak pernah tengok Adri marah. Setakat aku ternampak pandangan tajamnya, pernahlah. Aku cuma pernah tengok dia tenung pun dah menggigil. Tak boleh bayang apa yang orang ditenung tu rasa. Mesti takut macam tengah berhadapan dengan bapak harimau.

Kami masuk dalam satu bilik. Meja dan kerusi memang macam meja mesyuarat. Ternyata bukan aku dan Syamim yang ada. Di bahagian depan ada 5 orang pelajar lain tak termasuk Adri dan di bahagian belakang adalah dalam 10 kepala.

"Is everyone here?" Adri bertanya.

"Semua dah ada dah" Syamim tutup pintu.

Aku nampak Adri angguk sekali. Sebab aku tak berapa rapat dengan pelajar lain, aku duduk dengan Syamim di belakang.

Rasa menyesal pun ada sebab aku ni rendah. Yang aku nampak cuma kepala orang depan. Kalau aku duduk atas meja ni nanti dikatakan kurang ajar pula.

"Arzalna Nuha" tiba tiba namaku diseru.

Aku bangun. Dah macam komando dah aku rasa. Tapi bukannya apa. Aku bangun sebab aku tak nampak orang yang panggil aku.

"Come. You sit here. You too small. I want you see everything I noted on the board" ujar Adri.

Adri bangun dan menggamit aku datang. Kedudukan kerusi dibetulkan.

Kekok.

Semua mata pandang aku. Dah rasa panas muka aku. Bila aku pandang Syamim, gadis itu cuma lambaikan tangan.

Aku ingat dia nak backup aku suruh duduk dengan dia. Tapi dia bye bye dengan aku. Kenapa aku rasa macam baru kena khianat ni?

Permintaannya aku tunaikan juga. Aku bergerak ke depan dan duduk di kerusi yang disediakan. Aku nampak matanya tertumpu pada aku. Sengaja aku buat buat tak nampak dengan pandang papan tulis besar di depan mata.

Sedangkan papan itu masih kosong.

"Let started"

Cukup dengan ayat itu, Adri memulakan bicaranya. Aku cuma dengar. Namun aku tak faham kenapa Adri asyik jentik dahi aku dan suruh aku fokus.

HIS OBSESSION: NUHAWhere stories live. Discover now