♔ NAUFAL ADRI ♔
Aku simpan balik telefon dalam poket. Boleh pula Ezril telefon waktu aku tengah buat kerja. Dia fikir aku masih di rumah. Tak tahu aku dah sampai selatan Malaysia.
Dia ajak aku berjumpa. Aku ikutkan aje. Bukan tak pernah keluar jumpa dia. Tapi kali ini suara Ezril lain. Seakan sedang murung dan kesedihan.
Tapi tak pula dia kata apa apa. Dia cuma nak jumpa aku. Bila aku tanya, dia tak jawab dan alih topik.
Bagi aku, selagi dia dalam keadaan yang baik baik saja maka aku akan okay. Lagipun itu Ezril. Perangai dia masuk air macam mana pun dia masih Ezril. Dia macam aku. Cumanya dia gila sikit.
Orang nampak aku matang tapi sebenarnya Ezril pun sama. Cumanya dia jenis happy go lucky. Jenis suka bergurau.
Satu keluhan berat aku lepaskan. Haritu Dylan. Kali ni Ezril pula.
Sebelum kali terakhir aku jumpa Dylan tempoh hari dengan Nuha, aku dah jumpa dia dulu. Dia kongsikan masalahnya pada aku. Tentang perasaannya pada Yana.
Aku juga turut terasa. Aku tahu dia sedih. Sebab mereka dah bergelar adik beradik tiri dan berada dalam satu keluarga dalam tempoh yang agak lama. Jadi, isu perasaan mereka diketepikan. Sebelum ini pun aku dah nampak Dylan layan Yana bukan macam abang.
Terkejut juga bila dapat tahu mereka saling sayang. Malangnya ditolak keluarga.
Aku cuma mampu doakan yang terbaik. Itu hal keluarga mereka. Aku tak patut masuk campur.
Sebab itu juga Dylan apply universiti agak jauh. Nak bawa diri. Memutuskan kami semua dari hidupnya untuk healing.
Ezril pula. Aku tak dapat jangka. Dah dapat rasa ada benda tak kena. Mula tak sedap hati.
Harap Ezril okay. Aku jadi tak senang bila dengar kawan rapat aku jadi begini. Di sini aku bahagia dengan Nuha tapi kawan kawan aku? Mereka merana.
Lepas balik dari sini aku akan jumpa dengan Ezril terus. Tak lama pun. Dua tiga hari aje lagi.
Tak mahu berlama lama, aku terus sambung buat kerja. Duduk semula di tempatku tadi. Menyertai geng mak cik mak cik because why not?
Dia orang pun suka. Normallah kalau mereka tanya macam macam. Takkan nak tunjuk sombong. Aku layankan ajelah.
"Dah? Girlfriend telefonlah tu" usik salah seorang.
"Tak adalah. Kawan telefon. Saya mana ada girlfriend" aku senyum.
Tak ada girlfriend tapi ada isteri.
Cakap pasal isteri. Mana pergi isteri bertuah aku tu. Dari lepas Subuh tadi aku tinggal. Dia tertidur. Aku biarkan dia rehat.
Rasanya tadi aku tengok jam dah pukul sepuluh setengah. Takkan tak bangun lagi. Lena betul tidur. Itu baru betul tidur mati.
Tak payahlah peliklah. Memang isteri aku tu jenis suka tidur.
"Macam tak percaya aje bila kata tak ada girlfriend. Yang dekat berita haritu apa? Kata ada pasangan" celah lagi seorang.
"Memanglah ada tapi bukan girlfriend" balasku.
"Ohh ini yang apa orang putih cakap apa? Not apa? Not avai- apa benda tah. Susah nak menyebut"
"Not available"
"Haa...itulah tu. Dah kena cop dulu. Dah tak boleh nak kacau" sambungnya.
Aku hanya senyum. Memang tak bolehlah. Nak letak isteri aku tu dekat mana?
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...