╭── ⋅ ⋅ ── ✩ ── ⋅ ⋅ ──╮
Somebody To You - The Vamps
This Side Of Paradise - Coyote Theory╰── ⋅ ⋅ ── ✩ ── ⋅ ⋅ ──╯
♕ ARZALNA NUHA ♕
Aku menguap. Bosan. Berat mata dah macam ada syaitan berjuntai juntai suruh aku lelap di sini.
Semalam aku dah puas tengok persembahan yang akan ditunjukkan hari ini. Dah tak teruja pun.
Karnival kali ini ada pertandingan berlakon antara sekolah. Sebelum mulakan pertandingan, sekolah putuskan untuk buat beberapa persembahan. Sekadar untuk menghiburkan peserta yang sedang gemuruh.
Aku tak ikut serta. Ada yang ajak tapi aku tak mahu. Kalau aku join dah tentu aku jadi star. Aku nikan kuat drama.
Berat mata aku tengok persembahan di pentas. Tak menarik.
Aku nak Adri. Tapi aku kena redha sebab dia sibuk. Tak boleh nak ganggu dia. Aku faham Adri ada tanggungjawabnya sendiri.
Walau dia tiada dekat dengan aku tapi sesekali aku nampak dia lalu lalang di tepi dewan sebelah sana. Tadi aku nampak dia ke belakang tapi dia tak ke depan semula.
Mana entah dia pergi. Mesej terakhir aku hantar pada Adri adalah sejam lepas. Adri tak buka pun mesej aku. Kali terakhir dia online pun waktu aku minta kerepek kentang tadi.
Sekarang ni kenalah aku duduk dengan adik si Dylan. Tersengih sengih pandang telefon.
Mustahil Yana ni main mesej dengan boyfriend. Bukan aku tak kenal sisi protective Dylan bila ada lelaki mula dekat dengan adik tiri dia ni. Dia punya tenung tu kalau boleh nak belah badan kawan tu jadi dua.
Dhy tukan abang. Memanglah kena jaga adik. Mulut kata benci tapi hati kata sebaliknya. Eh? Macam lain je?
"Yana"
Tak layan.
"Zayyana Dhylia"
Lagilah dia buat tak dengar.
Geram. Aku ambil telefon dari tangannya. Melatah terus akak tu. Sementara dia tengah terkejut, aku sempat tengok skrin telefonnya.
Bulat mata aku bila tengok isi mesej Yana. Tak percaya. Terkejut. Biar betul?
"Sejak bila kau berabang abang dengan Dylan?" Soalku.
"Ish! Kau ni. Sibuklah"
Yana ambil semula telefonnya dari tangan aku. Ini rupanya kerja dia. Tersengih seorang diri main mesej. Rupanya dengan Dylan.
Eh, budak ni lain macam.
Aku tahu mereka adik beradik tiri lain ibu dan lain ayah tapi dua dua dah angkat sumpah yang mereka cuma akan jadi adik beradik. Setakat adik beradik. Tapi sekarang ni lain.
"Kau bercinta dengan Dhy ke?" Aku pegang lengannya.
"Mana ada. Memandailah kau"
"Selalu kau panggil dia tu 'aku kau' aje. Sekarang ni dah berabang abang. Kau jangan bergurau Yana. Itu abang kau"
"Aku tahulah dia tu abang aku. Ish kau ni"
Ini fishy! Patut ke aku panggil Ezril untuk ikut jadi FBI siasat benda ni.
Tentang aku dengan Adri dia pandai teka walaupun tak tepat. Boleh pula dia kata aku ni kekasih tak berapa terang Adri.
Hari pertama aku dekat sekolah baru pertama kali tengok dia boleh dia cakap macam tu. Mungkin dia nampak kami rapat. Lebih rapat dari orang lain.
YOU ARE READING
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...