♕ ARZALNA NUHA ♕
Kalau bukan sebab kertas kuiz dekat tangan aku ni memang aku tak jejak dekat bilik guru. Entahlah, aku tak suka dengan auranya. Mungkin bergabung dengan pejabat sekolah agaknya.
Kalau pejabat untuk pentadbir sekolah tak apalah. Ini pejabat pengurusan apa benda entah. Memang senyap sepi macam tanah perkuburan. Agaknya tanah perkuburan pun lagi bising.
Cari meja cikgu dan letak atas mejanya. Tak susah pun. Setiap meja ada nama. Kalau tak ingat di mana kedudukannya pun masih boleh jumpa.
Macam biasa Sir Hazul ni peramah. Murah dengan senyuman. Dia ucap terima kasih dan senyum. Dan aku takkan nak ucap 'saya terima kasih sir' pula. Tentunya aku balas dengan ucapan 'sama sama'.
"Err... Nuha, do you mind if you help me?"
Aku geleng. Aku tak kisah pun.
"I don't mind sir"
"Good. Wait a minute, let me take the file"
Seusai kata Sir Hazul terus bangun. Itu tanda yang fail dimaksudkan tiada dengannya.
Tak jauh pun. Sir Hazul masuk di satu bilik di belakang dan tarik satu fail dari rak. Tak peduli ada Teacher Hazlinda di dalamnya.
Agaknya dah lali tengok laki dia keluar masuk bilik kerja dia. Dia pandang pun tak.
"Ini failnya"
Tertera dari nota atas fail itu sepatutnya diterima Adri.
Agak bingung tapi aku sambut fail dari tangannya. Ada nampak aku ni enam kaki tinggi dengan muka aku ni ada cop Sepanyol ke?
"Tapi...kenapa bagi saya?" Soalku kebingungan.
"Alang alang awak girlfriend dia. Jangan lupa ya?"
Panas terus muka aku dekat situ. Alamak! Lupa pula Adri tu hot stuff. Pula tu dia dengan gaya paling selamba buat announcement yang aku ni girlfriend dia.
Senang cerita semua dah tahu. Ya, semua orang tahu. Mungkin pak cik guard dengan mak cik cleaner pun tahu agaknya.
Baru seminggu tapi aku rasa semuanya dah berbeza. Makin ramai yang cakap belakang. Kalau aku berjalan mesti telinga aku menangkap suara suara sumbang. Tapi Adri awal awal dah pesan padaku untuk pedulikan semuanya.
Lagipun aku pun tak kisah. Aku tak boleh nak tutup mulut orang. Itu hak mereka nak bercakap.
Aku ni mudah. Kau cakap depan aku, aku akan buat bodoh aje. Anggap orang tu tak pernah buat dosa dekat aku. Kalau kau cakap belakang aku, manalah aku tahu selagi kau tak bagitahu. Kan?
Selain ramai yang naikkan saham dosa mengumpat aku, ada yang tunjuk baik. Orang yang tak pernah bercakap dengan aku tiba tiba tegur.
Kalau takut dengan Adri cakaplah takut. Tak perlu nak bodek aku. Itu mesti pernah buat dosa dengan aku. Haha.
Memandangkan rehat hampir tamat, aku ambil keputusan untuk ke kelas. Pagi ni cuma setengah jam. Tengah hari nanti baru dapat rehat satu jam.
Di hujung laluan aku nampak Adri tengah bercakap dengan Ezril dari arah bertentangan. Apa agaknya yang seronok sangat berdua tu bualkan.
Bagai tahu dirinya diperhatikan, mata gelapnya kini tertumpu padaku. Sesaat, pandangan kosongnya bertukar lembut. Seiring dengan senyuman lebar menampakkan lesung pipit di kiri dan kanan wajahnya.
Tengok dia senyum, aku ikut senyum. Dah macam kena virus.
Tertunduk aku tahan malu. Baru sedar ada mata lain yang tengah pandang kami. Siapa lagi kalau bukan Ezril.

ANDA SEDANG MEMBACA
HIS OBSESSION: NUHA
Romance[Remake bila rajin] PART 1 | OBSESSION | SEQUEL : YESTERDAY HE's NUHA's (10/7/2021 - 3/7/2022) Ini bukan drama. Ini realiti. Hanya kerana sepasang mata coklat indah, membuatkan segalanya berubah. Seluruh dunianya berada di dalam genggaman si empunya...