45

400 20 1
                                    

♕ ARZALNA NUHA ♕

Geram ada. Marah pun ada. Berani berani Adri cakap dia tak bawa motor laju.

Pertemuan kami di traffic light tadi dah beri aku jawapan bagi soalan yang aku dah tanya padanya. Kalau dengar dari mulutnya memang dia scam aku. Bila aku tengok kejadiannya, aku dah dapat agak dari awal.

Elok lampu hijau terus dia hilang. Bukan main seronok lagi dia pulas minyak. Itu kalau ada penghadang apa apa di depan nak mengucap pun tak sempat.

Teruja nak jumpa malaikat maut ke macam mana? Ke tak sabar nak kena seksa kubur?

Dalam marah pun, aku bersiap juga nak keluar dengan dia. Nantilah aku buat buat merajuk. Nak tengok dia mati akal nak pujuk aku. Haha

Ada notifikasi masuk. Jeling sebelah mata pun aku dah dapat agak dah siapa pengirimnya.

Tentunya Adri. Sebab aku nampak mesejnya yang mengatakan dia dah tunggu depan pintu.

Kau tengoklah. Dia punya gentleman. Dia tak tunggu di bawah. Sanggup jadi penunggu pintu.

Aku capai beg dan sangkut di bahu. Lihat penampilan buat kali terakhir sebelum keluar dari bilik.

Simple tapi selesa. Aku cuma berjeans hitam dan jersey Adri. Kira okaylah sebab jersey Adri berwarna hitam dan merah. Di belakang baju ada terpampang nombor dan nama Adri.

Di lengan kiri ada tulisan 'captain' berwarna putih. Dah tentunya Adri ketua pasukan. Rasa teringin nak tengok Adri atas padang.

Mamat tu dah hot. Mesti lagi hot.

Mesti ramai yang perhatikan dia. Ah! Mulalah aku berfikir yang bukan bukan.

Ingat sikit Adri tu dah berdiri depan pintu rumah kau nak ambil kau ajak keluar. Ajak kau ya, Nuha. Bukan perempuan lain.

Control sikit cemburu tu. Bawa bertenang.

Kunci aku capai dan berjalan ke pintu. Bila aku kuak daun pintu, lebar Adri senyum padaku.

"I see you like my shirt that much" komennya.

Aku cuma senyum.

"You can have it. Adri pun tak guna baju tu sebab lengan pendek"

"Bagi Nuha?" Soalku teruja.

"Yes, baby"

Nanti aku nak minta semua jersey dia. Haha!

Baru teringat yang baju Adri semuanya lengan panjang. Yang lengan pendek cuma jersey dan baju tanpa lengannya. Aku agak mesti dia pakai untuk jadikan baju bahagian dalam kemejanya.

Aku dah habis tengok almari bajunya. Tapi tak sampai aku buka mana mana laci. Kut ternampak yang tak sepatutnya. Buta mata aku nanti.

"Dah makan?" Adri tanya aku.

"Sikit. Dengan kakak Kirah"

"Kita makan dulu okay?"

"Okay" aku bersetuju.

Buka gril dan kunci pintu selepas aku meloloskan diri keluar. Kemudian barulah kunci gril semula.

Tiba tiba rasa kekok. Sepanjang jalan dari tingkat 5 ke keretanya, kami diam. Tak bercakap langsung. Kalau ada orang tengok mesti ingat yang aku dengan Adri tengah gaduh.

Rasa special betul. Nak masuk kereta pun Adri bukakan pintu. Itu yang buat cik jantung berdegup tak normal.

"Get comfortable. This is my car. You can do anything"

HIS OBSESSION: NUHAWhere stories live. Discover now